Bagaimana menabung emas mampu beli rumah secara tunai? Ia seperti tidak masuk akal. Sedangkan harga emas itu lebih murah jika dibandingkan dengan harga hartanah yang jauh lebih mahal.
Lagipun kita tidak pernah terfikir untuk menabung emas untuk membeli rumah atau tanah. Selalu kita di ajar supaya membuat pinjaman bank bagi membeli hartanah.
Kita sering di ajar mengumpul duit deposit untuk membeli rumah saja. Tapi, bukan menabung untuk beli rumah secara tunai. Kerana ia dianggap mustahil.
Rekomendasi Untuk Anda: Rumah! Lelaki Bongkar Rahsia Beli Rumah “CASH” Dengan Emas
Contohnya, sebuah rumah idaman kita berharga RM100,000. Lalu, kita menabung duit sehingga cukup RM100,000. Apabila duit tabung sudah cukup, harga rumah tersebut telah naik RM200,000.
Sampai bilapun kita tidak akan mampu membeli rumah secara tunai disebabkan inflasi yang melemahkan kuasa beli duit kita saban tahun. Dalam masa yang sama, inflasi telah meningkatkan harga rumah.
Betul! Menabung duit untuk membeli hartanah secara tunai merupakan perkara yang mustahil bagi golongan marhein. Oleh sebab itu, ramai lebih selesa berhutang dengan bank untuk beli rumah.
Berita baik! Menabung emas mampu membantu kita membeli hartanah tanpa berhutang. Disebabkan harga emas naik lebih tinggi berbanding harga hartanah sejak kebelakangan ini.
Bagaimana?
Menurut kajian pakar matawang Mike Maloney, pada Januari 1970, sebuah rumah bersaiz median berharga $23,600. Manakala, harga emas ketika itu berharga $35 se-ounce (oz).
Jika rumah tersebut dijual pada harga $23,600, kita mampu membeli emas sebanyak 674 ounces.
Kemudian, pada tahun 1980, harga rumah tersebut telah meningkat hampir 3 kali ganda iaitu $62,900 sebuah. Manakala, 674 ounces emas tadi telah naik sebanyak 25 kali ganda!
Harga emas 674 ounces naik daripada $23,600 kepada $588,402. Kenaikan harga emas 25 kali ganda lebih tinggi daripada kenaikan harga rumah yang hanya 3 kali ganda.
Di tahun yang sama, jika kita menjual 674 ounces emas tersebut dengan harga $588,402. Maka, kita mampu membeli 9 buah rumah yang sama dan berbaki sebagai duit poket.
Berdasarkan kajian tersebut, Mike Maloney menyimpulkan bahawa emas mampu membuatkan kita menikmati keuntungan yang ‘astronomical‘.
Rekomendasi Untuk Anda: Hartanah VS Emas, Mana Lebih Untung?
Ia juga membuktikan bahawa menabung emas membuatkan kita mampu membeli rumah tanpa berhutang. Ia telah terbukti masuk akal dan logik dari sudut matematik.
Persoalannya, bilakah kita hendak mula bertindak menabung emas? Sekarang?
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
29 Ogos 2023