3 sebab utama ASB financing tidak lagi berbaloi sejak pasca pandemik Covid-19. Sejak itu, situasi ekonomi negara dalam keadaan tidak stabil.
Bukan saja di Malaysia, malah krisis ekonomi berlaku di seluruh dunia termasuk negara-negara maju di eropah. Ia banyak memberi kesan buruk terhadap pelaburan aset kewangan.
ASB merupakan pelaburan yang baik. Ia terbukti kukuh dan terjamin serta menjanjikan dividen setiap tahun. Sungguhpun berlaku pandemik, ASB tetap memberikan dividen walaupun sedikit.
Masalahnya, jika kita membuat pelaburan ASB secara berhutang (financing), ia tidak lagi berbaloi. Kerana kita terpaksa membayar interest rate bank yang tinggi.
Bermaksud, kita tidak akan mendapat keuntungan malah pelaburan yang merugikan. Interest rate akan menguntungkan pihak bank. Kita sebagai pelabur akan rugi!
3 Sebab ASB Financing Merugikan
Bagi anda yang belum tahu, ASB financing merupakan sebuah pinjaman(loan) untuk pelaburan. Seolah-olah, kita meminjam duit daripada bank dan menggunakan duit tersebut untuk melabur di ASB.
Sudah tentu bank akan mengenakan interest rate bagi pinjaman duit tersebut. Setelah setahun, barulah kita sedar apabila melihat baki duit dalam akaun ASB yang berkurang ditolak interest bank.
Sepatutnya, pelaburan menambahkan duit dalam akaun. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Malah duit berkurangan di ‘makan’ interest bank.
1-Kadar Interest Bank
Suatu ketika dulu, ASB financing masih berbaloi apabila dividen ASB diumumkan sekitar 7% setahun. Manakala, kadar interest yang dikenakan oleh bank hanya sekitar 5-6% setahun.
Bermaksud, ketika itu kita masih boleh mendapat keuntungan sekitar 1-2% setahun (dividen tolak kadar interest). Walaupun dikenakan interest bank, kita masih untung.
Sejak pandemik covid-19, dividen ASB hanyalah sekitar 5% setahun. Dengan kadar interest bank kekal sekitar 5-6%. Maka kita akan mendapat kerugian.
Setiap tahun, kita bakal mendapati duit simpanan dalam akaun ASB kita semakin berkurang ‘dimakan’ kadar interest. Pelaburan sepatutnya untung tapi realitinya rugi!
2-Nilai Ringgit Jatuh
Sejak pandemik Covid-19, nilai ringgit telah mengalami kejatuhan secara berterusan berbanding dolar Amerika.
Bermula sejak bulan Januari 2020, ringgit bersamaan RM4.07 sedolar. Kadar kejatuhan nilai yang paling rendah ialah RM4.74 sedolar pada bulan November 2022.
Rekomendasi Untuk Anda: Ringgit Lemah! Masa Untuk Emas
Ringgit pernah jatuh 50% setahun pada tahun 1997 iaitu ketika kegawatan ekonomi asia. Ia akan merugikan pelaburan dalam bentuk aset kewangan.
Contohnya, dividen ASB bersamaan 7% setahun ditolak dengan kejatuhan nilai ringgit sebanyak 50%. Hasilnya, kita rugi sebanyak 43%. Pelaburan jadi tidak berbaloi.
3-Inflasi Ringgit
Kita sering mendengar kenaikan kadar OPR (overnight policy rate) yang diumumkan oleh BNM. Ia menandakan inflasi ringgit sedang meningkat tinggi.
Inflasi bakal menjatuhkan kuasa beli duit kita. Menabung duit di ASB masih tidak berbaloi jika kadar inflasi ringgit lebih tinggi daripada kadar dividen tahunan ASB.
Untuk mudah faham inflasi, kita imbas kembali zaman sekolah dulu. Ketika itu, ibubapa kita memberi duit poket ke sekolah RM1. Dengan hanya RM1, kita mampu beli nasi lemak, minuman, dan gula-gula.
Menunjukkan kuasa beli duit RM1 ketika itu sangat besar. Jika dibandingkan dengan zaman sekarang, apa saja yang boleh dibeli dengan RM1. Cukupkah RM1 untuk duit poket anak-anak kita ke sekolah sekarang?
Membuktikan kuasa beli RM1 semakin lemah. Maka kita faham bahawa menabung duit dalam bank atau ASB tidak akan menambah kekayaan. Akibat ringgit yang sentiasa dihakis inflasi setiap tahun.
Rekomendasi Untuk Anda: Maksud Inflasi Sebenar, Ramai Keliru
Menurut pakar wang Azizi Ali tentang pelaburan ASB di zaman kini. Beliau berkata di sebuah seminar online,
“Satu masa dulu, ASB memang bagus kerana memberikan pulangan yang reasonable (>7% setahun) dengan risiko minimal.”
“Memandangkan emas telah memberikan pulangan 10% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan (total return of 612%). Melabur dalam emas menjadi pilihan yang lebih baik dan bijak.”
“Kita tinggalkan wang untuk shot-term saving (masa kurang dari setahun) dan wang untuk dana kecemasan (3 bulan belanja) dalam ASB. Kita hijrahkan wang selebihnya ke dalam emas.”
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu, Sabah
22 Ogos 2023