Bila Dan Apakah Sebab Harga Emas Turun Dan Naik?

Bila harga emas turun atau naik dan apakah sebabnya? Walaupun harga emas sentiasa naik, namun ada kalanya ia turun atas sebab tertentu.

Satu kunci utama yang kita mesti faham ialah nilai emas terletak pada ketulenan dan beratnya. Namun, harganya boleh berubah bergantung pada bekalan dan permintaan pasaran semasa.

Permintaan terhadap emas yang tinggi dengan kadar segera menyebabkan harga emas naik melambung. Emas sukar didapati dan digali lalu menyebabkan bekalan emas sentiasa rendah.

Situasi tersebut menunjukkan permintaan emas sentiasa tinggi dan bekalannya pula sentiasa rendah. Hasilnya, harga emas semakin naik dalam tempoh jangka masa panjang.

Permintaan tinggi terhadap emas bukan saja daripada industri barang kemas, malah industri elektronik, pharmacuetical, aset kewangan dan pelaburan, alat pertukaran perdagangan, rizab negara dan sebagainya.

Bila Harga Emas Naik Dan Turun?

Sebagimana yang kita tahu, harga emas sentiasa naik dalam tempoh jangka masa panjang. Namun, ada ketika harga emas turun. Dan ia hanya bersifat sementara. Bila?

Harga emas akan naik mendadak apabila pelabur memindahkan sebahagian besar daripada aset kewangan mereka kepada emas. Ia bertujuan melindungi pelaburan mereka daripada ketidak-tentuan ekonomi.

Pelabur sentiasa melihat emas sebagai pelaburan ‘safe haven‘ dan penyimpan nilai terbaik ketika berlaku ketidak-stabilan ekonomi atau geopolitik sesebuah negara.

Aset emas terbukti pelindung nilai terbaik sejak zaman Firaun Mesir sehingga ke zaman Rasulullah. Iaitu sejak 1,500 tahun yang lalu, emas masih kekal bernilai sehingga sekarang.

Harga emas bakal turun jika berlaku spekulasi pasaran. Ia akan menyebabkan harga emas turun hanya sementara waktu. Apabila spekulasi reda, harga emas kembali naik.

bila

Rekomendasi Untuk Anda: Demand Emas Tertinggi, Malaysia Ranking Ke-8 Dunia

Apabila pelombong emas meningkatkan pengeluaran emas dengan banyak melebihi permintaan, ia juga bakal menyebabkan harga emas turun. Ketika ini, bank sentral akan membeli emas dengan banyak sebagai rizab negara.

Ketika kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan data bagi membuka peluang pekerjaan di Amerika, ia juga bakal menyebabkan harga emas turun. Sebabnya, nilai dolar AS meningkat.

Suatu ketika dulu, harga emas telah di ikat dengan dolar AS. Jadi, apabila nilai dolar meningkat maka harga emas turun. Manakala, jika nilai dolar jatuh, maka harga emas akan naik. Berkadar songsang.

Sekali lagi, pengeluaran data pekerjaan hanya akan menurunkan harga emas buat sementara waktu. Setelah 2-3 hari dari tarikh pengumumannya, harga emas akan naik semula.

Adakah Harga Emas Naik Selamanya?

Menurut pakar-pakar pelaburan seperti Robert Kiyosaki, James Rickards, Michael Maloney, mereka berpendapat bahawa harga emas akan sentiasa naik dalam jangka masa panjang. Ia cuma persoalan masa.

Ingat semula kunci tadi, nilai emas terletak pada ketulenan dan beratnya. Bermaksud, nilai emas ada pada badannya sendiri. Bukan seperti aset kewangan yang lain.

Rekomendasi Untuk Anda: Ringgit Lemah! Masa Untuk Emas

Contohnya duit kertas, nilainya terletak pada kerajaan yang memerintah. Prestasi ringgit bergantung pada kebijaksanaan kerajaan. Hakikatnya, duit kertas hanyalah ‘kertas’ yang tiada nilai intrinsik.

Bermaksud, jika kita menabung duit kertas di dalam akaun bank, kekayaan kita bergantung pada kerajaan yang memerintah. Jika kita menabung emas, maka kekayaan di tangan sendiri.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
15 Ogos 2023        

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments