Harga Emas, Potensi Melonjak Tahun 2024

Harga emas pada 1 Januari 2023 ditutup pada RM280 segram. Seperti yang dipaparkan di website Public Gold. Berbanding minggu lepas, harga emas meningkat sebanyak 1.49%, dan meningkat 3.26% pada bulan lepas.

Dalam tempoh 52 minggu, paras tertinggi sekitar $1824 per ounce. Manakala paras terendah sekitar $1749 per ounce bagi tahun 2022.

Harga Emas Hari Ini, Malaysia

Pergerakkan harga emas di Malaysia, kita boleh rujuk website Public Gold. Ia sentiasa aktif 24 jam 7 hari seminggu. Harga di update setiap 20 minit mengikut pasaran emas dunia.

Sejarah Harga Emas

Data prestasi emas dunia boleh dirujuk di website goldprice.org atau kitco.com. Kedua-dua website ini sangat dipercayai memberikan data yang betul tentang emas dan perak termasuk logam-logam lain.

Harga

Bagaimana Melabur Emas?

Ramai pelabur menganggap emas sebagai ultimate safe-haven asset. Ketika harga saham, bonds, hartanah jatuh teruk, emas masih pegang nilainya. Malah meningkat harganya kerana pelabur berlumba-lumba membeli emas.

Emas juga boleh bertindak untuk diversify portfolio pelaburan kita. Jika kita mempunyai emas dalam portfolio pelaburan, ia mampu melindungi nilai pelaburan kita ketika keadaan ekonomi tidak menentu seperti covid-19 tempoh hari.

Di Malaysia, emas fizikal boleh didapati dalam bentuk gold bar, dinar, atau barang kemas. Gold bar dan dinar sangat sesuai sebagai pelaburan kerana kadar spreadnya yang rendah sekitar 10%.

Manakala, barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan kerana kadar spreadnya yang tinggi iaitu sekitar 20-40%. Kita akan rugi ketika menjual semula barang kemas itu nanti kerana pekedai hanya membelinya 20-40% di bawah harga pasaran semasa.

Patutkah Anda Melabur Emas?

Kita patut melabur emas sebagai pelindung kekayaan atau pelindung bagi segala pelaburan kita, diversify. Sebabnya, aset seperti saham, wang kertas, sentiasa terdedah kepada risiko ketidak-stabilan ekonomi.

Jika berlaku ketidak-stabilan ekonomi atau ketidak-stabilan politik di negara kita, nilai wang kertas pasti terjejas. Akibat inflasi dan susut nilai matawang.

Hanya aset emas yang tidak terjejas dan sentiasa memegang nilainya. Menurut sejarah, hanya emas saja aset yang paling selamat ketika berlaku krisis. Sebab itu, emas dipanggil aset ‘safe-haven.

Adakah Emas Kebal Inflasi?

Menurut kajian, emas merupakan pelindung inflasi terbaik dalam sejarah manusia. Nilai emas bertahan sejak zaman Rasulullah iaitu 1,400 tahun lalu sehingga sekarang.

BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia

Kini, emas telah menjadi trend sebagai pelindung kebocoran kewangan. Atau pelindung daripada boros berbelanja. Bila duit simpanan ditukar dalam bentuk emas, maka hilanglah nafsu boros berbelanja.

Hasilnya, simpanan emas kita bertambah. Sekaligus, kekayaan kita semakin bertambah dengan kenaikan harga emas semasa.

Adakah Simpan Emas Lebih Baik Daripada Simpan Duit?

Ada 2 risiko utama simpan duit iaitu inflasi dan susut nilai ringgit berbanding dolar Amerika. Risiko tersebut telah menyebabkan duit simpanan kita semakin susut nilainya ditelan usia.

Kesan inflasi boleh kita rasai dengan kenaikan harga barang. Untuk mudah difahami, di zaman sekolah saya dulu, duit poket ke sekolah cukup kenyang dengan hanya RM1.

Ketika itu, RM1 mampu beli nasi lemak, air minuman, serta gula-gula di kantin sekolah. Hari ini, adakah cukup RM1 untuk duit poket anak-anak kita yang bersekolah? Sudah tentu mereka kelaparan di sekolah.

Susut nilai ringgit berbanding dolar boleh dikesan bagi anda yang rajin melancong ke luar negara. Pada tahun 1997, ringgit bersamaan RM2.50 sedolar. Hari ini (Jan 2023), ringgit jatuh ke paras RM4.40 sedolar.

Saya sering ke Brunei setiap kali menjelang hari raya aidilfitri menziarahi saudara-mara. Bermaksud, saya sering menukar ringgit kepada dolar Brunei (BND) hampir setiap tahun.

BACA Rekomendasi: Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi

Dulu, ketika saya menukar RM100, saya memperoleh 50 BND. Hari ini, jika saya menukar RM100, saya hanya memperoleh 30 BND. Saya rasa rugi kerana nilai ringgit semakin kecil ditelan waktu.

Jika kita jadikan emas sebagai simpanan, kekayaan kita tidak akan dihakis inflasi dan susut nilai berbanding matawang negara lain. Nilai emas sentiasa seragam di seluruh dunia.

Bila Masa Terbaik Beli Emas?

Kebanyakan orang berpendapat masa terbaik beli emas ialah ketika harga emas turun. Ia pendapat yang betul, namun harga emas jarang sekali turun. Emas selalunya naik.

Bermaksud, peluang membeli emas sangat kurang jika kita mengikut pendapat tersebut. Apabila emas turun, kemungkinan besar duit kita sudah habis dibelanjakan. Terlepas peluang!

Masa terbaik beli emas ialah semasa kita ada duit. Kita tidak perlu risau tentang harga emas kerana ia sentiasa naik dalam jangka panjang. Ia hanya persoalan masa!

Kita perlu sedar bahawa duit sentiasa susut nilai ditelan waktu. Daripada duit susut nilai, lebih baik duit simpanan kita ditukar dalam bentuk emas yang meningkat harganya.

Bagaimana Harga Emas Ditentukan?

Harga emas sentiasa berkadar songsang dengan nilai dolar Amerika (USD). Bermaksud, jika USD naik, harga emas turun. Manakala, jika USD turun, emas naik!

Oleh sebab itu, emas sangat sesuai sebagai pelindung kejatuhan nilai matawang termasuk ringgit. Menurut kajian, kuasa beli USD jatuh sebanyak 98.2% sejak tahun 1900.

Sudah tentu pengeluaran dan permintaan (supply demand)memainkan peranan bagi menentukan nilai sesuatu komoditi termasuklah emas.

Emas merupakan komoditi yang terhad. Ia tidak boleh digali dengan banyak sekaligus. Oleh sebab itu, pengeluarannya sentiasa statik. Sedangkan permintaan tinggi terutamanya dalam sektor pelaburan, perhiasan, elektronik dan sebagainya.

Tips Emas Terkini Di Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
3 Januari 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments