Quantum Metal, Impian Masa Depan Pelabur Emas Musnah

Quantum Metal (QM), syarikat pelaburan yang hangat diperkatakan oleh kebanyakan pelabur-pelabur emas yang baru berjinak-jinak. Akhirnya, sangat mengecewakan apabila QM gagal membayar balik pulangan pelabur.

Ramai yang meletakkan harapan tinggi terhadap pelaburan emas QM. Impian mereka agar meraih keuntungan di masa depan kini bertukar suram.

“Labur sekali, gaji hari-hari!”

Kata agen QM di sosial media

QM diketahui hangat mempromosikan konsep pelaburan emas berasaskan digital. Yang menawarkan keuntungan luar biasa melebihi keuntungan pasaran emas fizikal.

Pernah beberapa agen Quantum Metal menghampiri saya bertujuan mempromosikan pelaburan mereka dengan bersemangat. Pelan pelaburan mereka terlalu fokus kepada pulangan keuntungan berbanding manfaat emas dalam kewangan.

Keuntungan yang ditawarkan oleh QM sangat mengiurkan. Sesiapa saja pasti tertarik dengan tawaran pulangan yang berlipat kali ganda berbanding pelaburan emas fizikal yang biasa.

Namun, keuntungan mereka hanya bersifat sementara. Apabila syarikat QM dilaporkan gagal membayar balik pelabur mereka dalam tempoh yang ditetapkan oleh QM sendiri.

Situasi tersebut telah mencetuskan kemarahan dan kekecewaan di kalangan pelabur. Kebanyakan pelabur menunggu dengan harapan bagi mendapatkan pulangan yang dijanjikan. Akhirnya, harapan hanya tinggal kenangan.

BNM Nafi Quantum Metal Berdaftar

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bertujuan menyatakan dan menjelaskan beberapa isu berkaitan Quantum Metal Sdn. Bhd. (QMSB), yang beredar di media sosial dan di kalangan orang ramai.

Menurut BNM, QMSB merupakan institusi pelaporan di bawah Akta Pencegahan Pencucian Wang, Pencegahan Pendanaan Keganasan dan Hasil Kegiatan Haram 2001 (AMLA) kerana terlibat dalam perdagangan logam berharga atau batu permata.

Quantum metal

Ini termasuk di bawah senarai aktiviti item 24 di bawah Part 1 Jadual Pertama AMLA, bersama-sama dengan sektor-sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan seperti peguam, akauntan, syarikat amanah, dan setiausaha syarikat.

Namun demikian, penting untuk dijelaskan bahawa menjadi institusi pelaporan tidak bermakna produk dan aktiviti perniagaan QMSB, seperti perdagangan emas, didaftarkan, diluluskan, atau mendapat lesen di bawah undang-undang yang dikuasai oleh BNM.

Sebarang tuntutan yang menyatakan bahawa aktiviti QMSB telah diluluskan dan mendapat lesen oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung, adalah palsu.

Baca siaran akhbar penuh diĀ bnm.gov.my/qmsb

Melabur Emas Cara Betul

Pelaburan emas merupakan pelaburan yang sangat mudah difahami dan rendah risiko berbanding pelaburan-pelaburan aset lain.

1- Pastikan beli emas dan dapat emas (fizikal) tanpa syarat atau pelan pelaburan yang rumit. Emas digital sudah tentu bukannya emas. Emas adalah emas, digital adalah digital. Mudah difahami!

2- Pastikan beli daripada syarikat emas yang berprestij. Contohnya seperti syarikat Public Gold, yang telah berdagang dan jual/beli emas sejak tahun 2008 dan diiktiraf patuh syariah.

3- Pastikan keuntungan emas mengikut pasaran dunia. Pastikan rujuk turun naik pasaran emas dunia di website yang dipercayai seperti Kitco.com dan Goldprice.org.

Pelaburan emas tidak boleh gagal atau rugi jika berbekalkan ilmu yang betul dan tepat. Sebab pelaburan emas paling mudah dan rendah risiko tanpa pelan pelaburan yang rumit atau memeningkan kepala.

Kenaikan harga emas adalah pasti, cuma persoalan masa. Bermula dengan ilmu yang betul, nescaya anda juga akan berjaya. Inshaallah~

Perlu Bimbingan Melabur Emas Dengan Betul

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
23 Januari 2024  

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments