Amerika Tewas, Perjanjian Damai Iran, Minyak Jatuh, Emas Naik.

Amerika tewas lalu memohon perjanjian damai kepada Iran bagi langkah menamatkan perang Selat Hormuz. Perdana Menteri Pakistan telah mengumumkan bahawa Amerika Syarikat(AS) dan Iran telah mencapai perjanjian damai. Alhamdulilah.

Ia bakal menamatkan perang Selat Hormuz yang telah berlaku selama empat bulan. Majlis formal menandatangani perjanjian damai tersebut diadakan di Switzerland.

Menurut TradingEconomics, perjanjian damai tersebut telah menjatuhkan harga minyak mentah kepada 5% bersamaan $80 sebarrel. Harga emas pula meningkat (menurut GoldSilver.com).

Ia merupakan situasi yang pelik. Biasanya, perdamaian akan menurunkan harga emas. Peperangan pula pasti akan melonjakkan harga emas ke paras tertinggi sebagaimana berlaku dalam sejarah.er naik

Kali ini, yang berlaku adalah sebaliknya. Harga emas naik 2.7%. Manakala harga silver naik 4%. Kedua-dua logam mulia meningkat di kala harga minyak mentah jatuh.

Kenapa Perang AS-Iran Turunkan Harga Emas?

Sebagaimana yang anda tahu, perang Selat Hormuz telah menjatuhkan harga emas. Apabila Selat Hormuz ditutup, sekitar 20% perdagangan minyak mentah global telah terhenti operasinya.

Kesannya, harga minyak mentah naik daripada $70 sebarrel, kepada $114 sebarrel pada pertengahan bulan Mac 2026. Ia merupakan kenaikan yang sangat mendadak dalam sebulan saja.

Kenaikan harga minyak tersebut telah menaikkan harga barangan keperluan harian (infasi tinggi). Inflasi tinggi sepatutnya meningkatkan harga emas. Sebagaimana yang sering berlaku.

Namun, inflasi tinggi kali ini memaksa Federal Reserve Bank (AS) untuk meningkatkan kadar faedah. Apabila kadar faedah naik, menjadikan US Treasury bond di lihat menarik bagi pelabur. Kerana ia memberikan keuntungan tinggi.

Lalu, para pelabur menjual emas untuk membeli bonds. Emas yang banyak terjual di pasaran telah menurunkan harga emas.

Amerika Tewas, Kesan Kepada Penyimpan Emas

Bagi penyimpan emas tegar, kekalahan AS di dalam peperangan Iran merupakan berita baik. Kita perlu kembali kepada hubungan asas emas dan dolar.

Secara asasnya, nilai dolar berkadar songsang dengan harga emas. Bermaksud, jika nilai dolar jatuh, maka harga emas akan naik. Begitu juga sebaliknya.

Selagi matawang dicetak, selagi itu inflasi akan berlaku. Dengan itu, inflasi matawang sentiasa akan mendorong kenaikan harga emas di masa depan.

Permintaan pasaran terhadap emas juga akan meningkat dengan pembelian emas oleh bank-bank pusat dunia.

Menurut WGC (World Gold Council), setakat suku pertama tahun 2026 saja, sebanyak 244 tan emas telah dibeli oleh bank-bank pusat di seluruh dunia. Ia merupakan jumlah pembelian yang tinggi berbanding purata pembelian 5 tahun.

Kesimpulannya, teruskan menyimpan emas demi masa depan kewangan yang lebih cerah. Akan sampai satu masa, emas mungkin bakal menggantikan matawang kertas. Insyaallah.

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
17 Jun 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted