Emas Naik Walau Dolar Kuat. Sistem Rosak? Ini Sebabnya

Emas naik apabila nilai dolar AS (Amerika Syarikat) jatuh atau sebaliknya. Begitulah yang berlaku selama ini. Iaitu harga emas sentiasa berkadar songsang dengan nilai dolar AS.

Namun, sejak kebelakangan ini harga emas tetap naik walaupun nilai dolar semakin meningkat. Fenomena yang luar biasa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Seolah-olah hubungan emas dan dolar telah terputus. Apabila dolar kuat, ia tidak lagi menurunkan harga emas dunia. Seakan-akan kekuatan dolar tidak lagi memberi kesan pada harga emas semasa.

Realiti yang berlaku kini adalah, harga emas masih meningkat walaupun dolar yang semakin kuat. Kita menuju ke era pasaran emas yang baru.

Menurut Ketua Strategi Pasaran bank UOB, fenomena ini berlaku disebabkan faktor yang dipanggil “idiosyncratic“. Bermaksud berlakunya faktor berasingan yang mendorong harga emas dan kekuatan dolar.

Faktor yang mendorong kenaikan harga emas seperti peningkatan pembelian emas runcit, peningkatan pembelian emas oleh bank pusat dan sebagainya.

Manakala, faktor yang mendorong kekuatan dolar adalah seperti sokongan kadar faedah yang tinggi buat masa ini atau data pekerjaan yang diumumkan oleh kerajaan AS.

Jaminan Emas Naik Di Masa Depan

Jika kita kaji sejarah di website goldprice.org, tidak dinafikan bahawa harga emas sentiasa naik dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Pada tahun 2005, harga emas sekitar 12 USD bagi segram. Sehingga hari ini, harga emas dicatatkan sekitar 81 USD bagi segram. Iaitu bersamaan sekitar RM383 bagi segram.

emas naik

Kenaikan harga emas direkodkan sekitar 624.60% bagi tempoh 20 tahun. Menunjukkan harga emas sentiasa meningkat dalam tempoh jangka masa panjang.

Namun, segelintir berpendapat bahawa harga emas telah mencapai had maksimum. Kata mereka, harga emas sudah tidak boleh naik lagi. Atau tidak mampu untuk meningkat lagi. Adakah benar?

Perlu difahamkan bahawa nilai emas ada pada berat dan ketulenannya sendiri. Dan emas dan perak pernah menjadi matawang beribu tahun sejak di zaman kuno sehinggalah di zaman Rasulullah di tamadun Islam.

Permintaan terhadap aset emas sentiasa meningkat disebabkan sifatnya sebagai aset ‘safe haven‘ ketika berlaku krisis ekonomi atau ketidak-tentuan geopolitik dunia.

Di masa depan, dijangka permintaan emas semakin meningkat disebabkan penubuhan BRICS yang melaksanakan sistem transaksi matawang baru yang bersandarkan emas.

Maka, setiap bank pusat bakal menyimpan rizab emas berbanding rizab dolar AS. Apabila sistem pembayaran emas digunakan sebagai transaksi perdagangan di antara negara-negara BRICS.

Persoalannya, bukan berapa tinggi harga emas bakal naik. Tetapi, berapa banyak emas yang kita sudah miliki dalam simpanan rizab keluarga kita?

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE>Follow Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
2 July 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Facebook Downloader
Facebook Downloader
4 months ago

Your blog is a beacon of light in the often murky waters of online content. Your thoughtful analysis and insightful commentary never fail to leave a lasting impression. Keep up the amazing work!