Selangor Red Giant Juara. Cara Sekysss Belanja RM4.66 Juta

Selangor Red Giant (SRG) telah dinobatkan sebagai juara dunia di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024.

SRG berjaya menamatkan kemarau 7 tahun Malaysia untuk menjuarai e-sport taraf antarabangsa setelah berjaya menewaskan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 di Grand Final di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi.

Sungguhpun Selangor Red Giant tewas di perlawanan pertama, dengan keputusan 23 “kills” berbalas 16. Namun, skuad Malaysia kembali bangkit semula di perlawanan kedua dan menyamakan kedudukan 1-1.

Di perlawanan kedua, pasukan AP Bren beroleh kemenangan selesa sekaligus menewaskan SRG dengan keputusan 22-6.

Kemudian, SRG kembali mendapat rentak dengan memenangi perlawanan keempat dan kelima. Masing-masing dengan keputusan 18-4 dan 12-11.

Namun, juara bertahan dari Filipina itu bangkit bagi menyamakan kedudukan dengan memenangi perlawanan keenam dengan keputusan 14-2.

Sekaligus mengheret perlawanan ke perlawanan penentuan. SRG tidak memberi peluang dengan mendominasi perlawanan lalu menumbangkan pasukan AP Bren dengan keputusan 21-10.

Menjadikan Selangor Red Giant sebagai juara MSC buat kali pertama dengan menewaskan juara bertahan dari Filipina, pasukan AP Bren.

Pada perlawanan akhir tersebut, pemain jungler, SRG yang dikenali sebagai Sekyss yang baru berusia 18 tahun telah dinobatkan sebagai pemain paling bernilai pada kejohanan kali ini.

Kejuaraan tersebut menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah USD1,000,000 (RM4,669,303.78). Dan AP Bren membawa pulang USD500,000 (RM2.33 juta) di tempat kedua.

Selangor red giant

SEKYSSS Berbelanja Kemenangan Berjuta

Sekyss atau nama sebenarnya Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul yang baru berusia 18 tahun telah dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.

Beliau sendiri tidak menjangka bahawa akan berjaya muncul sebagai juara dan meraih hadiah wang kemenangan yang besar itu.

Ketika beliau ditanya tentang bagaimana beliau akan membelanjakan wang hasil kemenangan lumayan, Sekyss berkata, beliau masih belum memikirkan tindakan selanjutnya.

Kalau menang saya rasa saya just saving sebab saya muda lagi, for now memang nak simpan dekat ASB

SEKYSS, SRG

“Bagi saya, saya masih belum ada perancangan dengan wang hadiah kemenangan itu kerana saya sendiri tidak menjangka akan dapat memenangi hadiah wang yang banyak ini.

“Duit kemenangan mungkin saya akan fokus untuk simpan kerana saya masih muda dan nak bantu keluarga terlebih dahulu,” katanya.

Sambungnya, “Saya belum ada perancangan untuk membeli kereta atau keperluan lain.”

Jarang sekali sang juara berfikiran begitu apabila meraih wang kemenangan yang lumayan. Sekysss memilih untuk menyimpan terlebih dulu.

Kebiasaannya, sang juara akan self-reward diri mereka dengan membeli kereta mewah atau barangan mewah. Berbeza sekali mentaliti kewangan juara MLBB, Sekysss. Tahniah! anak muda.

Berdasarkan kajian, seramai 90% ahli sukan di dunia jatuh miskin selepas bersara. Mentaliti kewangan Sekysss bakal membantu beliau kekal kaya dalam jangka masa panjang.

“Seramai 90% daripada ahli sukan di dunia jatuh miskin selepas bersara”

Menurut Kajian

Jika beliau membaca buku kewangan sedikit, maka beliau sedar bahawa terdapat 2 risiko utama menabung duit. Iaitu risiko kuasa beli susut dihakis inflasi dan kejatuhan nilai ringgit.

Kuasa beli duit kita semakin kecil saban tahun akibat dihakis inflasi. Begitu juga dengan nilai ringgit yang sentiasa jatuh dalam jangka masa panjang.

Kesannya, kekayaan kita dijangka bakal semakin berkurang jika sekadar menabung duit kertas dalam jangka masa panjang.

Kedua-dua risiko tersebut boleh di atasi dengan menukarkan simpanan wang kepada emas. Tambahan, harga emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang.

Direkodkan harga emas meningkat melebihi 20% setahun baru-baru ini. Dibandingkan dengan ASB (Amanah Saham Bumiputera) yang hanya menawarkan dividen 5% setahun.

Dengan emas, juara kekal jutawan. Inshaallah.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

Info Lanjut: Klik Di Sini

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
16 July 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments