Hutang negara telah meningkat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Hutang kerajaan Persekutuan meningkat RM50 billion kepada RM1.22 trillion setakat April tahun 2024 berbanding RM1.17 trillion pada akhir tahun lalu.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah membuat pinjaman kasar berjumlah RM70.5 billion bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini.
Menurut beliau, pinjaman kasar meliputi terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM30 billion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia RM34.5 billion dan bil Perbendaharaan sebanyak RM6 billion.
Hutang negara bukan saja masalah yang dihadapi oleh negara kita malah negara-negara diseluruh dunia. Pandemik covid-19 tempoh hari mengeruhkan lagi krisis hutang di peringkat global.
Hutang Negara
Krisis hutang negara Amerika Syarikat boleh dijadikan sebagai iktibar bagi rakyat Malaysia agar memahami kesan buruk yang bakal berlaku di masa depan.
Dalam masa yang sama, kita mampu mengetahui tindakan yang boleh dibuat bagi menyelamatkan diri dan melindungi kekayaan kita daripada terkesan oleh krisis hutang tersebut.
Hutang negara akan memberi kesan buruk pada perkembanangan ekonomi negara. Oleh sebab itu, bank Federal Reserve Amerika Syarikat sedaya upaya menggalakkan inflasi dan menghapuskan deflasi.
Hutang negara Amerika Syarikat setakat ini mencecah $18 trillion dolar. (RM84 trillion).
Deflasi akan meningkatkan nilai hutang negara yang melumpuhkan perkembangan ekonomi. Jika deflasi berlarutan, maka ia mampu menjurus kepada kebangkrapan sesebuah negara.
Bank Federal Reserve Amerika Syarikat sedar dan memahami betapa bahayanya kesan deflasi terhadap ekonomi negara. Maka, mereka sedaya upaya berusaha untuk menghapuskan deflasi.
Deflasi boleh dihapuskan dengan meningkatkan kadar inflasi. Meningkatkan inflasi merupakan salah satu cara untuk membayar semula hutang negara.
BACA LAGI: Argentina Inflasi 300%. Pengajaran Untuk Rakyat Malaysia
Inflasi boleh dicapai dengan menjatuhkan nilai dolar Amerika Syarikat (AS). Maka, kuasa beli duit rakyat akan menjadi kecil.
Salah satu kesan inflasi ialah peningkatan harga barang komoditi. Inflasi akan meningkatkan harga kapas, minyak mentah, besi, beras, tepung, emas, hartanah, dan komoditi-komoditi lain.
Memurahkan dolar boleh meninggikan inflasi dan menghapuskan deflasi. Inflasi yang konsisten menyebabkan kuasa beli duit kita semakin kecil dimakan waktu.
Kesan Hutang Pada Ringgit
Sebagaimana yang anda ketahui, inflasi bakal mengecilkan kuasa beli duit kita. Lalu, meningkatkan kos sara hidup dan harga barangan.
Dalam masa yang sama, inflasi bakal memiskinkan penyimpan duit di bank dan pesara. Semakin banyak duit yang disimpan dalam bank, ia sekadar menambahkan bilangan duit tetapi nilainya jatuh.
Berbeza dengan penyimpan emas. Inflasi akan meningkatkan harga komoditi seperti emas. Maka, penyimpan emas bertambah kaya dengan kenaikan inflasi.
Persoalannya, seberapa tinggi inflasi yang perlu dinaikkan bagi membayar hutang RM1.22 trilion?
Perlu di ingatkan bahawa meninggikan inflasi bakal memiskinkan penyimpan duit dan mengkayakan penyimpan emas dalam jangka masa panjang.
Emas sangat terkenal dikalangan pelabur-pelabur global sebagai aset safe-haven. Iaitu aset yang paling selamat dan kukuh nilainya ketika berlaku krisis ekonomi dan ketidak-stabilan geopolitik.
Bertindak menyimpan emas dari sekarang merupakan langkah terbaik bagi melindungi kejatuhan nilai ringgit. Sebagai salah satu langkah bagi menyelamatkan harta kita agar tidak jatuh miskin. Inshaallah.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
23 July 2024