Bank Manager Dalang Curi Duit RM24.2 Juta Dari Akaun Simpanan

Bank manager di antara 14 individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan sindiket curi duit dari akaun simpanan tetap milik pelanggan yang dianggarkan bernilai RM24.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima empat laporan daripada pemilik akaun dan kakitangan bank awal Jun lalu di Petaling Jaya, Selangor apabila mangsa menyedari terdapat pengeluaran wang mencurigakan dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu, membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.

Tambah beliau, seramai 14 individu ditahan termasuk empat pegawai bank dan ahli perniagaan bergelar Datuk di beberapa serbuan di Perlis dan Sabah. Sumber Awani.

Kes ini berlaku di 2 buah cawangan bank bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Kejadian dilaporkan berlaku dalam tempoh bermula 26 April 2024 hingga 1 Julai 2024.

Kejadian kakitangan bank mencuri duit dalam akaun pelanggan juga berlaku di Kuala Kangsar, Perak. Seolah-olah sangat mudah bagi kakitangan bank mencuri wang pendeposit.

Seorang kakitangan bank wanita sempat memindahkan wang simpanan tetap milik pelanggan yang dipercayai dicurinya sebanyak lebih RM2 juta ke 11 akaun berlainan.

bank manager

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wang terbabit dikeluarkan daripada tiga akaun simpanan tetap pelanggan melibatkan 108 transaksi sejak 14 Februari 2023 hingga 24 Jun lalu.

“Wang tersebut dipindahkan ke 11 akaun milik kenalan, saudara selain syarikat dan didapati telah digunakan mereka.”

Malangnya, kakitangan bank wanita tersebut telah meninggal dunia pada 5 Julai 2024. Selepas memindahkan wang ke 11 akaun berlainan dan tidak sempat dibicarakan.

Kegiatan pencurian kakitangan itu terbongkar apabila dua orang pemilik akaun simpanan tetap terbabit hadir ke bank untuk membuat pengeluaran wang dari akaun simpanan tetap pada 27 Jun lalu.

Setelah semakan dibuat, didapati sebahagian daripada sijil akaun simpanan tetap milik mereka telah ditutup dalam sistem.

Berdasarkan siasatan oleh pihak bank, seorang kakitangan mereka disyaki telah membuat pengeluaran wang tersebut yang kemudian didepositkan ke beberapa akaun yang berbeza.

Tauladan Buat Pengguna Bank

Kes melibatkan bank manager atau kakitangan bank sendiri yang mencuri duit dari akaun simpanan pelanggan bukannya perkara baru.

Ia kerap berlaku sejak tahun 90an lagi. Seorang eksekutif bank yang bernama Aman Shah Ahmad menjadi jutawan dengan mencipta satu sistem untuk mengambil 1 sen daripada setiap akaun pelanggan bank.

Dengan ilmu perkomputeran, dia mengetahui selok-belok perbankan komputer. Bank Negara Malaysia juga tertipu dengan setiap perincian yang dirancang oleh Aman Shah.

Menerusi temubual, dia mendapati bahawa sistem keselamatan bank yang diguna pakai masih terdapat kelemahan dan menyebut kesilapan utamanya berpunca dari penjimatan kos dengan membangunkan sistem keselamatan yang kurang optima.

Oleh sebab itu, kita tidak boleh meletakkan kepercayaan seratus peratus kepada bank untuk menyimpan segala wang kekayaan kita di dalam bank.

Menurut pakar Tuan Zulkifli Shafie, simpan sekadar 3 bulan gaji dalam akaun bank. Selebihnya, wang disimpan dalam bentuk emas yang disimpan di luar sistem bank.

Sebaik-baiknya, hanya wang perbelanjaan kita disimpan dalam bank. Manakala, bagi wang simpanan jangka panjang, lebih selamat di simpan dalam bentuk emas di luar sistem bank.

Simpan emas bertindak sebagai 2 dalam 1. Pertama, terselamat daripada dicuri oleh kakitangan bank. Kedua, wang kita terlindung daripada dirompak nilainya oleh inflasi matawang.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

Info Emas>Klik Official Website

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
30 Julai 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments