Ringgit Kuat Dalam Asia, Kesan Pada Harga Emas

Ringgit kuat baru-baru ini jika berbandingkan dolar dan kebanyakan matawang-matawang Asia. Ini merupakan berita baik buat rakyat Malaysia.

Menurut Bernama (5 Ogos), ringgit disokong dengan baik dan mengekalkan momentum peningkatannya selama 11 hari berturut-turut berbanding dolar AS (Amerika Syarikat).

Disebabkan pelabur-pelabur bertindak memindahkan pelaburan mereka ke rantau Asia Pasifik. Berpunca daripada data pekerjaan Amerika Syarikat yang lemah.

ringgit kuat

Dilaporkan bahawa kadar pengangguran di AS semakin meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 3 tahun sebanyak 4.3% pada bulan Julai berbanding 4.1% pada bulan Jun.

Selain itu, pembelian bon AS yang merosot dengan ketara juga di antara penyebab pelabur mencari jaminan dalam pendapatan tetap.

Faktor-faktor diatas merupakan punca kejatuhan nilai dolar AS yang menyebabkan nilai ringgit kuat dan semakin kukuh.

Pengukuhan nilai ringgit memberi manfaat kepada sektor pembuatan automotif. Dengan kejatuhan dolar AS, harga barangan automotif luar negara lebih murah. Untuk automotif tempatan, tiada perubahan.

Namun, jika ringgit dibandingkan dengan matawang ASEAN. Ringgit masih lemah berbanding dolar Brunei dan dolar Singapura. Serta susut berbanding matawang baht Thailand.

Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia. Juga mendatar berbanding peso Filipina.

Kesan Ringgit Kuat Pada Harga Emas

Sebagaimana yang dijelaskan di atas, kekuatan ringgit adalah disebabkan oleh penyusutan nilai dolar AS. Apabila matawang dolar AS susut, maka harga emas dunia akan meningkat.

Disebabkan nilai ringgit meningkat, maka lebih banyak emas boleh dibeli dengan ringgit. Dalam kata lain, emas sangat murah bagi kita di Malaysia.

Saat ini adalah peluang terbaik bagi kita rakyat Malaysia untuk menambah simpanan emas pada harga durian runtuh. Masa terbaik menambah kekayaan dengan emas.

Pada 17 Julai 2024 yang lepas, harga emas mencatatkan rekod tertinggi iaitu RM403 segram. Selepas 20 hari, dengan peningkatan nilai ringgit, harga emas menurun kepada RM372 segram.

Kenaikan nilai ringgit memberi penjimatan sebanyak RM31 bagi segram emas. Penurunan harga emas yang paling banyak setakat tahun 2024.

Penjimatan lebih banyak boleh dirasakan dengan membeli emas yang lebih berat. Contohnya, 100gram goldbar Public Gold.

Di mana 20 hari lepas berharga RM40,300. Dengan kenaikan nilai ringgit, goldbar 100gram yang sama boleh dibeli dengan harga RM37,093. Penjimatan sebanyak RM3,207. Lebih besar!

Menurut jangkaan pakar, kenaikan nilai ringgit akan berlanjutan sehingga September. Merupakan peluang terbaik menambah kekayaan dengan simpanan emas. Inshaallah.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

Free>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
6 Ogos 2024 

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments