Emas Turun Hilang Momentum. Manfaat Atau Malapetaka?

Emas turun sejak kebelakangan ini mungkin memberi kegelisahan pada pelabur atau penyimpan emas. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan penurunan harga emas kebelakangan ini.

Harga emas jatuh disebabkan penjualan ekuiti global. Akibat kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat yang meningkat.

Emas biasanya merupakan aset ‘safe haven‘ ketika ketidak-tentuan ekonomi. Namun, emas terpaksa dijual secara mendadak untuk menampung margin ke atas aset lain bagi mengelakkan kemelesetan.

Walaupun penurunan mendadak pada Isnin lepas, emas masih meningkat sekitar 15% setakat tahun ini. Dan masih merupakan salah satu komoditi berprestasi terbaik tahun ini dibantu dengan pembelian bank pusat.

Pembelian emas oleh bank pusat kekal kukuh pada bulan Jun. Berdasarkan data World Gold Council, sebanyak 12 tan belian bersih emas dicatatkan pada bulan tersebut.

Namun, pembelian emas oleh China dilaporkan berkurang sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Bank Rakyat China tidak menambah emas kepada rizabnya untuk bulan ketiga berturut-turut pada bulan Julai.

Mike McGlone, Senior Commodity Strategist, Bloomberg Intelligence menyatakan kebimbangan yang ketara terhadap potensi kemelesetan global, menekankan situasi kritikal di China.

Perspektif global ini menggariskan cabaran ekonomi yang meluas yang dihadapi oleh pelbagai negara ekonomi utama, yang menyumbang kepada pergolakan pasaran yang meningkat.

Dalam persekitaran ketidak-tentuan ini, McGlone menekankan bahawa pentingnya mengalihkan strategi pelaburan ke arah aset bebas risiko seperti emas.

Manfaat Harga Emas Turun

Sebagaimana yang kita tahu, penurunan harga emas hanya bersifat sementara. Ia sering berlaku dalam sejarah pasaran dunia.

Pada tahun 1958, satu auns emas di ikat dengan 35 dolar AS saja ketika itu. Hari ini, satu ouns emas yang sama telah mencecah 2,443 dolar AS. Peningkatan harga sekitar 70 kali ganda.

Ketika harga emas menurun adalah masa terbaik menambah simpanan emas. Seolah-olah, membeli aset mahal pada harga diskaun atau durian runtuh!

Emas merupakan aset safe haven yang paling berkesan sejak perang dunia pertama lagi. Perang atau krisis geopolitik tidak memberi apa-apa kesan kepada nilai emas.

Ketika itu, negara mana yang mempunyai simpanan emas yang banyak, maka negara itulah yang terkaya. Emas merupakan alat terbaik untuk membiayai peperangan dan membina semula negara selepas perang.

Kesimpulannya, emas sangat penting dalam simpanan harta kita dan keluarga kita. Ketika harga emas turun, ia merupakan jendela terbaik menambah simpanan emas. Inshaallah.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
13 Ogos 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments