Trend FOMO, YOLO. Punca 57% Belia Bangkrap. Apa Solusinya?

Trend belia bangkrap berpunca daripada mentaliti FOMO yang bermaksud Fear Of Missing Out. Dan YOLO membawa maksud You Only Lived Once. Akibatnya, mereka merasai muflis sekali dalam hidup.

Gara-gara mentaliti FOMO dan YOLO, golongan belia sering terjebak untuk berbelanja di luar kemampuan kewangan mereka sendiri.

Mengamalkan gaya hidup yang tidak mampan, dan tergila-gila mengejar trend semasa menjurus mereka jatuh ke dalam perangkap hutang dalam usia yang masih muda.

TREND FOMO

Sehingga Mac tahun 2024, lebih 200,000 kes kebangkrapan telah dilaporkan. Dan 57% adalah terdiri daripada golongan belia. Sumber Buletin TV3.

Statistik menunjukkan belia berumur 44 tahun ke bawah menanggung hutang-hutang terkumpul berjuta-juta ringgit. Puncanya seronok berbelanja ketika mula bekerja sehingga tersepit dengan hutang.

Menurut Jabatan Agensi Kredit dan Pengurusan Kewangan (AKPK), seramai 56% individu yang meminta bantuan daripada agensi itu terdiri daripada golongan berusia 35 ke bawah.

Di antara sebab-sebab utama kes kebangkrapan adalah disebabkan oleh pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman membeli kenderaan.

Kebanyakan belia yang baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, sering membuat perbelanjaan untuk membeli kereta, membuat pinjaman peribadi, beli rumah dan sebagainya.

Seharusnya golongan belia lebih bijak dalam berbelanja. Tidak perlu terikut-ikut dengan trend FOMO dan YOLO. Tindakan berbelanja berlebihan akhirnya memakan diri sendiri.

Sebaik-baiknya, mengamalkan prinsip ‘mampu dulu baru beli‘. Atau sebagaimana petua yang disaran oleh orang dulu-dulu mengatakan ‘ukur baju di badan sendiri‘.

Solusi Atasi Trend

Sebaik-baiknya, golongan belia yang baru mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan perlu fokus menabung terlebih dulu. Stabilkan kedudukan kewangan terlebih dahulu.

Tangguhkan segala kehendak dan niat untuk hidup bergaya atau bermewah-mewah. Prinsip ini dipanggil sebagai ‘delay gratification‘.

Self reward‘ diri sendiri hanya apabila azam atau matlamat sudah benar-benar tercapai. Selagi matlamat belum tercapai, fokus terlebih dahulu untuk mengejar matlamat.

Setiap kali terima gaji, asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji untuk disimpan ke dalam tabung setiap bulan. Buat secara berterusan dan konsisten.

Biasanya, kita boleh berdisiplin untuk menabung wang setiap bulan. Namun, di tengah bulan korek semula wang tabungan tersebut. Simpanan bocor!

Jika menabung wang masih gagal bagi anda, cuba alternatif lain seperti menabung emas fizikal. Fokus menabung 1 gram 1 bulan melalui Akaun Emas GAP di Public Gold.

Lumrah manusia suka membelanjakan wang. Dan lumrah manusia juga suka menyimpan emas dan sayang dibelanjakan. Semoga membantu. Inshaallah~

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
27 Ogos 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments