Engineer Pesawat Letak Jawatan. Ini Ulasan Jurutera Sebenar!

Engineer pesawat letak jawatan beramai-ramai bukanlah disebabkan mogok. Namun, isu ini menjadi viral setelah menyebabkan ganguan penerbangan baru-baru ini.

Menurut sumber News Strait Times, hasil pengauditan oleh Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), mendedahkan seramai 63 orang daripada 411 kakitangan MAB Engineering telah meletak jawatan sejak Januari.

Berkata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu sidang akhbar. “CAAM mendapati bahawa perletakan jawatan ini mungkin disebabkan oleh tawaran gaji yang lebih menarik daripada syarikat penyelenggaraan lain.”

Menurut Loke, penemuan ini berdasarkan siasatan mengejut yang dijalankan oleh pihak CAAM ke atas Malaysia Airlines dan MAB Engineering dari 24 Jun hingga 28 Jun.

Beberapa langkah Mitigasi telah dikenal pasti bagi menangani isu ini. Iaitu, meningkatkan tahap keselamatan pesawat, merekrut tenaga kerja mahir secara agresif, dan memastikan bekalan alat ganti enjin pesawat yang mencukupi dari Pengeluar Alatan Asal. (OEM).

Pada masa yang sama, Loke juga menyebut supaya tempoh pembaharuan Air Operator Certificate (AOC) dikurangkan daripada 3 tahun kepada 1 tahun saja. Membolehkan audit lebih kerap oleh CAAM.

Punca Engineer Letak Jawatan

Menurut pengalaman saya yang telah bekerja dalam industri kejuruteraan pesawat selama 11 tahun, isu seperti ini telah kerap berlaku sebelum ini. Cuma, ia tidak pernah viral seperti sekarang.

Maklumlah, industri penerbangan di Malaysia suatu ketika dulu adalah sangat kecil. Dulu, tidak ramai yang menceburi malah mengetahui bahawa wujudnya profesi kejuteraan pesawat.

Teringat dulu, ketika lepas SPM, saya mahu menyambung pembelajaran ke UniKL MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology), lalu seorang cikgu saya sendiri mempersoalkan.

“Mengapa tidak apply UPU?” persoalan cikgu tersebut. Menunjukkan bahawa cikgu saya sendiri tidak mengetahui tentang wujudnya bidang kejuruteraan pesawat atau aircraft engineer.

Berdasarkan pengalaman saya, biasanya jurutera meletak jawatan setelah mereka menerima tawaran pekerjaan di syarikat penerbangan atau MRO (Maintenance Repair Organisation) dengan gaji yang lebih lumayan.

Lebih-lebih lagi apabila syarikat tersebut merupakan syarikat dari luar negara yang menawarkan gaji 3 kali lebih tinggi berbanding daripada syarikat-syarikat di Malaysia.

Kebanyakan rakan-rakan jurutera pesawat berhijrah ke negara Timur Tengah (middle east). Seperti Emirates Airlines, Etihad Airways, Qatar Airways, yang berpusat di Dubai atau Abu Dhabi.

Syarikat-syarikat tersebut menawarkan gaji lumayan sehingga 3 kali lebih tinggi. Berserta rumah yang fully furnished, medical benefit seperti melahirkan anak, malah anak-anak diberikan elaun sehingga mencapai pendidikan tinggi. Termasuk tiket penerbangan bussines class untuk sekeluarga dan etc.

Tawaran gaji dan benefits yang lumayan sudah tentu menarik minat para jurutera-jurutera di Malaysia untuk berhijrah ke timur tengah.

Berbanding di Malaysia, tawaran gaji lebih kecil dan elaun outstation yang sedikit. Seolah-olah staff kejuruteraan tidak dihargai. Sesetengah pihak mungkin menganggap remeh terhadap staff kejuruteraan hanya seperti ‘pomen kampung’.

Sedangkan, jurutera pesawat tergolong dalam golongan professional di luar negara. Kebanyakan jurutera-jurutera mempunyai diploma atau degree penyelenggaraan pesawat.

Dan mempunyai lesen professional penerbangan. Iaitu Lesen Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang (CAAM Part-66 AML) yang dikeluarkan oleh CAAM. Di mana, proses untuk mendapatkan lesen tersebut sangat sukar.

engineer

Lesen tersebut membolehkan jurutera-jurutera menandatangan dokumen CRS (Certificate of Release to Service). CRS ditandatangani oleh jurutera setelah berpuas hati dengan penyelenggaraan yang telah dibuat ke atas pesawat.

Menandatangani CRS menunjukkan bahawa jurutera telah yakin bahawa pesawat tersebut adalah selamat untuk terbang dan mematuhi peraturan-peraturan udara. Atau disebut sebagai ‘airworthy to fly’.

Tanpa tandatangan dari pihak jurutera, kapal terbang tersebut tidak akan dibenarkan untuk terbang menurut undang-undang penerbangan antarabangsa ICAO (International Civil Aviation Organisation).

Menunjukkan tanggungjawab jurutera-jurutera kapal terbang sangat penting dalam syarikat penerbangan. Tanpa jurutera, tiada pesawat dibenarkan terbang. Atau tidak selamat untuk terbang.

Isu kekurangan engineer kapal terbang bukan saja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia. Pada Mac lalu, media Swedish melaporkan “No Licensed Aircraft Engineer – No flights!

Perlu Bimbingan Menabung Emas bajet RM100?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
3 September 2024    

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments