Jurutera pesawat merupakan professi yang sedang viral baru-baru. Apabila beberapa insiden berturut-turut pesawat Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang telah berpatah balik akibat masalah teknikal dalam masa sebulan.
Insiden tersebut telah menimbulkan kegelisahan netizen sehingga mendapat perhatian Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke.
Loke mengarahkan pihak berkuasa CAAM (Civil Aviation Authority of Malaysia) menjalankan audit ke atas syarikat Malaysia Airline. Hasil audit mendapati bahawa ramai staff kejuruteraan telah meletak jawatan.
Dilaporkan seramai 63 kakitangan MAB Engineering daripada 411 kakitangan telah meletak jawatan sejak Januari 2024.
Laporan CAAM mendapati bahawa perletakan jawatan mungkin disebabkan oleh tawaran gaji yang lebih lumayan daripada syarikat penyelenggaraan yang lain.
BACA LAGI: Engineer Pesawat Letak Jawatan. Ini Ulasan Jurutera Sebenar
Menurut info rakan-rakan jurutera pesawat, kebanyakannya berhijrah ke syarikat penyelenggaraan ADE (Asia Digital Engineering) milik AirAsia, dan SIA Engineering Company milik Singapore Airlines.
Selebihnya berhijrah ke luar negara seperti Emirates Airlines, Qatar Airways, Etihad Airways yang masing-masing berpusat di Dubai, Arab Saudi.
Penghijrahan begini bukanlah perkara baru. Ia telah berlaku banyak kali sebelum ini. Kali ini ia seolah-olah menjadi isu besar, adalah disebabkan kuasa viral.
Suatu ketika dulu, apabila syarikat penerbangan Malindo dibuka, ramai staff kejuruteraan berhijrah dari MAS dan AirAsia ke Malindo. Sebab tawaran gaji yang lumayan.
Begitu juga ketika MYAirlines dibuka, ramai staff kejuruteraan dari MAS, AirAsia, Malindo berhijrah ke MYAirlines. Atas sebab gaji yang ditawarkan lebih lumayan. Sayangnya, MYAirlines jatuh bankrap.
Peranan Penting Jurutera Setiap Flight
Tugas yang paling penting sebelum kapal terbang memulakan penerbangan, jurutera perlu menandatangan dokumen Aircraft Maintenance Release yang dulunya dikenali sebagai CRS (Certificate of Release to Service).
Apabila CRS telah di tandatangan, ia menunjukkan jurutera telah memperakui dan berpuas hati bahawa semua penyelengaraan telah di buat ke atas sesebuah pesawat.
Bermaksud, pesawat tersebut diyakini selamat untuk terbang dari sudut teknikal dan mematuhi peraturan-peraturan udara CAAM dan standard udara antarabangsa, ICAO (International Civil Aviation Organisation).
“No Licence Aircraft Engineer – No flights”
Atau dalam bahasa kejuruteraan, ‘the aircraft is airworthy to fly‘. Jika jurutera tidak tandatangan, maka pesawat tersebut tidak dibenarkan terbang menurut undang-undang, CAD (Civil Aviation Directive).
CAD 8602- CAAM Part M Subpart F (M.801 para. b) menyatakan:
‘No aircraft can be released to service unless a maintenance release is issued at the completion of any maintenance, when satisfied that all maintenance required has been carried out, by appropriate certifying staff (engineering)..‘
Peranan Penting Dalam Airline
Airline, atau sesebuah syarikat penerbangan memerlukan sijil-sijil tertentu untuk menjalankan operasi penerbangan.
Di antaranya, C of R (Certificate of registration), C of A (Certificate of Airworthiness), AOC (Air Operator Certificate), DOA (Design Organisation Approval), ASL (Air Service Licence), ASP (Air Service Permit), dan banyak lagi.
Syarat untuk memohon dan memperbaharui setiap sijil-sijil, sesebuah airline perlu membangunkan AMP (Aircraft Maintenance Program) melalui CAMO (Continuing Airworthiness Management Organisation).
Kemudian, AMP akan dilaksanakan oleh Part 145 (Maintenance Organisation) yang dimiliki oleh airline tersebut atau syarikat third party.
Setiap dokumentasi AMP diperlukan untuk memohon atau memperbaharui sijil-sijil supaya boleh menjalankan operasi penerbangan dengan sah mengikut undang-undang udara.
Siapakah yang tergolong dalam CAMO dan Part 145? Mereka adalah staff kejuruteraan.
Maka, apabila ramai jurutera meletak jawatan, adalah wajar CAAM memendekan tempoh sah sijil AOC daripada 3 tahun kepada 1 tahun.
Kekerapan flight terpaksa dikurangkan sehingga staff kejuruteraan mencukupi. Malangnya, bukan senang untuk melahirkan jurutera berlesen.
Untuk mendapatkan lesen professional Jurutera Kapal Udara, perlu menduduki 13 module dan peperiksaan yang sukar. Di ikuti dengan pengalaman bekerja 3-5 tahun dalam industri kejuruteraan penerbangan.
BACA LAGI: Flight Guangzhou ‘Depressurisation’ Terbongkar
Pada Mac lalu, Sweden juga mengalami isu kekurangan jurutera pesawat. Dalam artikel swedish media menyatakan: ‘No licensed aircraft engineer – No flights’
Walaubagaimanapun, untuk menjalankan operasi penerbangan secara efektif dan effisien, semua pihak yang terlibat diperlukan.
Termasuk juruterbang, cabin crew, ramp, ground staff, In-flight catering, sekuriti dan lain-lain. Masing-masing memainkan peranan yang penting.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
10 September 2024