Semiconductor, industri yang disemai sejak tahun 1970 yang lalu, bermula di Penang, mencetuskan era baru Malaysia dalam sektor teknologi tinggi ke peringkat global.
Penang yang dahulunya dikenali sebagai ‘Silicon Valley of The East‘. Kini berusaha untuk menuntut semula gelarannya.
Malaysia pada masa ini merupakan pengeksport semiconductor ke-6 terbesar di dunia. Dengan menguasai 13% pasaran pemasangan, ujian, dan pembungkusan di peringkat global.
Pulau Pinang, Malaysia telah berjaya menarik lebih 350 syarikat multinasional di seluruh dunia. Ia menarik pelaburan berbillion-billion daripada syarikat gergasi teknologi seperti Intel, Infineon, Lam Research, dan Texas Instruments.
Kini, percambahan terhadap kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), lonjakan permintaan untuk Internet Of Things (IoT), pembuatan kenderaan elektrik (EV), dan solar panel yang semakin meningkat.
Ia telah mendorong peningkatan yang mendadak dalam keperluan cip elektronik yang lebih maju. Sebahagian besar permintaan dijangka datang daripada pasaran cip AI, sekitar 40%.
Emas Dalam Semiconductor
Sebagaimana yang anda tahu, di antara logam yang sering digunakan dalam pembuatan cip semiconduktor ialah emas dan perak.
Emas merupakan konduktor elektrik yang terbaik. Di mana ia mampu mengalirkan arus elektrik pada kuasa yang rendah dan anti-karat.
Emas tidak bertindak balas apabila terdedah pada oksigen. Maka, ia sangat kebal daripada berkarat. Menjadikan ia boleh dipakai dalam tempoh masa yang lama.
Perak (silver) juga merupakan konduktor atau pengalir arus elektrik luar biasa seperti emas.
Keupayaannya untuk membawa arus elektrik dengan cekap adalah jauh lebih baik daripada kebanyakan logam lain, menjadikannya pilihan ideal untuk aplikasi elektronik berprestasi tinggi.
Kelebihan perak berbanding emas ialah kekonduksian haba yang tinggi (high thermal conductivity). Perak lebih sesuai untuk aplikasi di mana pelesapan haba (heat dissipation) adalah kritikal, seperti dalam elektronik kuasa.
Bermaksud, kebanyakan alat-alat elektrik dan elektronik yang kita miliki sekarang seperti laptop, smartphone, gadjet, dan lain-lain mengandungi logam emas dan perak.
BACA LAGI: DEMAND EMAS TERTINGGI, MALAYSIA NAIK RANKING KE-8 DUNIA
Oleh sebab itu, segelintir masyarakat gemar membeli atau mencari alatan elektrik/elektronik yang terpakai dan terbuang walaupun sudah rosak tidak berfungsi.
Tujuannya ialah untuk mengesktrak keluar logam emas dan perak daripada printed circuit board (PCB) daripada alatan-alatan elektrik/elektronik tersebut. Atau dipanggil gold/silver scrap.
Logam emas dan perak yang diekstrak masih mengekalkan sifatnya aslinya. Emas dan perak tidak akan bertindak balas atau berubah sifat setelah digunakan berbanding logam-logam lain.
Maka, ia boleh diguna-pakai semula berkali-kali. Itulah kelebihan logam emas dan perak, boleh diguna semula (recycle) walaupun alatan elektrik/elektronik sudah rosak.
Kesan Permintaan Emas & Perak Tinggi
Kemajuan teknologi semiconductor di peringkat global merupakan petanda baik bagi penyimpan atau pelabur emas dan perak.
Permintaan global yang tinggi pasti meningkatkan harga emas dan perak di pasaran dunia. Kini, harga pasaran emas dan perak global sentiasa melepasi paras tertinggi.
Segelintir berpendapat bahawa harga emas dan perak telah mencapai kemuncak dan tidak boleh meningkat lebih tinggi. Ternyata, pendapat mereka salah!
Selagi pembangunan industri semiconductor semakin meluas dan selagi matawang dihakis inflasi, maka selagi itu harga emas dan perak akan sentiasa meningkat tanpa had.
BACA LAGI: BELI EMAS? 5 TIPS WAJIB TAHU SUPAYA TIDAK RUGI
Tidak ada faktor-faktor di peringkat global yang mampu menghalang kenaikan harga emas dan perak untuk naik lebih tinggi.
Faktor Feds cut rate hanya mampu memperlahankan kenaikan harga emas dan perak untuk sementara waktu. Dalam beberapa hari selepas pengumuman cut rates, harga emas dan perak mendaki semula.
Emas dan perak kini menjadi pelaburan masa depan yang hangat. Melabur emas dan perak bermula sekarang bakal menambah kekayaan kita di masa depan. Inshaallah.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
17 September 2024