Sejarah harga emas sangat penting untuk memahami potensi keuntungan yang kita bakal dapat dengan menyimpan atau melabur emas.
Semua orang pun tahu bahawa harga emas sentiasa naik dalam sejarah dan dulunya harga emas sangat murah. Persoalannya, seberapa murah harga emas dulu?
Tanpa mengetahui angka sebenar, maka ia sekadar ‘agak-agak’ atau ‘presumption‘. Tanpa data sebenar, ia akan menyukarkan kita mendapat keuntungan maksima dengan pelaburan emas.
Mungkin kita pernah mendapat info daripada orang dulu-dulu tentang harga emas. Mereka mengatakan harga emas dulu sangat murah, dan sekarang sudah mahal.
Namun, seberapa murah harga emas di zaman dulu tidak dapat dipastikan. Mungkin orang dulu-dulu membeli dalam tempoh masa yang tidak sama, maka tidak dapat dipastikan harga emas sebenar.
Kini, data yang mampu kita peroleh hanya seawal tahun 2000 saja. Walaupun sebenarnya rakyat Malaysia telah menyimpan emas lebih awal dari tahun 2000.
Ini kerana pada Disember 2000, merupakan penubuhan emas pertama Malaysia iaitu Kijang Emas yang dibentuk oleh Royal Mint Malaysia.
Emas buatan Malaysia yang pertama tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Julai 2021.
Penubuhan Kijang Emas menjadikan Malaysia negara ke-12 di dunia sebagai negara pengeluar syiling, jongkong emas sendiri.
Selain jenama lain seperti, Canadian Gold Maple Leaf, American Gold Eagle, Austraian Gold Nugget, dan South African Krugerrand.
Variasi syiling Kijang Emas diukur dengan menggunakan unit troy ounce (oz). Tetapi, kebanyakan emas di Malaysia sekarang lebih menggunakan unit gram. Masih, kita mampu kenal pasti sejarah harga emas.
BACA LAGI: Beli Emas? 5 Tips Wajib Tahu Supaya Tidak Rugi
Pada tahun 2000, harga emas sekitar RM35 segram saja. Seterusnya, pada tahun 2005, harga emas sekitar RM50 segram. Murah sangat!
Pada tahun 2010, harga emas sekitar RM130 segram. Seterusnya, pada tahun 2016, harga emas sekitar RM181 segram. Ketika ini, harga emas telah dianggap mahal.
Pada tahun 2020, bermula harga emas mencecah RM270 segram. Selepas 3 tahun, tahun 2023, cecah RM331 segram. Setahun selepas itu, tahun 2024, harga emas capai paras tertinggi, RM403 segram.
Kenaikan harga emas yang cepat didorong oleh krisis yang melanda dunia seperti pandemik covid-19, kejatuhan nilai dolar Amerika, konflik Rusia-Ukraine, konflik Timur Tengah, perkembangan BRICS, dan lain-lain.
BACA LAGI: Ringgit Kuat Dalam Asia, Kesan Pada Harga Emas
Pada tahun 2015, saya mula menyimpan emas. Harga emas pada ketika itu sekitar RM147 segram. Bagi saya, harga emas sangat mahal ketika itu.
Jika dibandingkan harga emas sekarang yang berharga sekitar RM400 segram, saya rasakan harga emas tahun 2015 dulu jauh lebih murah.
Saya bersyukur kerana membuat keputusan yang betul untuk mula simpan emas ketika itu. Walaupun harganya telah cecah ratusan ringgit pada tahun 2015. Alhamdulillah.
Hari ini, jika anda rasakan harga emas mahal. Percayalah, bahawa harga emas di masa depan jauh lebih mahal dari hari ini.
Harga emas tidak akan berhenti meningkat selagi berlaku inflasi matawang. Infasi tidak akan berhenti selagi duit kertas tidak berhenti dicetak seperti ringgit.
Ringgit mesti sentiasa dicetak jika negara Malaysia mahu menjadi negara maju atau negara kaya. Tanpa infasi, ekonomi negara tidak akan maju.
Akibat buruk infasi ialah, kuasa beli ringgit semakin kecil. Maka, rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan kenaikan kos sara hidup di masa depan.
Berita baik bagi penyimpan dan pelabur emas ialah, harga emas semakin meningkat di masa depan. Sekaligus, menyebabkan kekayaan penyimpan emas semakin bertambah. Inshaallah.
Harga emas memang ada turun naiknya setiap hari. Namun, dalam jangka masa setahun, harga emas sentiasa direkodkan meningkat. Anda boleh rujuk pergerakan emas dunia secara live di goldprice.org
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
24 September 2024