Ringgit Naik, Tapi Kenapa Harga Barang Tidak Turun?

Ringgit naik ke paras RM4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) muncul sebagai matawang antara berprestasi terbaik di dunia.

Kenaikan nilai matawang ringgit telah menjadikan rakyat Malaysia merasa bangga terutamanya kepada negara-negara jiran di Asia Tenggara.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, ringgit telah mengukuh sebanyak 1.6% minggu ke minggu berbanding dolar AS.

Ringgit naik juga berbanding matawang lain seperti euro (1.9%), pound British (1.2%), yen Jepun (1.7%), dan dolar Singapura (1.2%).

Ringgit juga kukuh berbanding matawang negara-negara ASEAN yang lain. Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura (3.21), peso Filipina (7.35), rupiah Indonesia (272.5), dan baht Thailang (12.7).

ringgit naik

Tidak ramai memperkatakan bahawa kenaikan ringgit bermula apabila PMX (Perdana Menteri Anwar Ibrahim) membuat keputusan untuk menyertai organisasi BRICS.

Matawang Malaysia yang pada mulanya semakin lemah ke paras terendah 4.79 sedolar. Kemudian meningkat kembali seolah-olah ajaiban berlaku setelah menyertai BRICS.

Sejak itu, Malaysia telah mendapat kepercayaan yang tinggi di kalangan negara-negara anggota BRICS. Menjadikan ekonomi negara stabil dan banyak pelaburan luar masuk ke Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berbangga dan menyokong usaha peningkatan ekonomi negara agar masa depan ekonomi lebih stabil.

Kenapa Harga Barang Tidak Turun Walau Ringgit Naik?

Perlu difahami bahawa kenaikan ringgit berbanding matawang dolar merupakan perbandingan nilai di antara matawang. Ia dipanggil purchasing power parity (PPP).

PPP merupakan kuasa beli sesebuah matawang dibandingkan dengan matawang asing. Contohnya, ringgit dibandingkan dengan dolar AS bersamaan RM4.12 sedolar.

Atau dibandingkan dengan matawang rupiah, baht, euro, yen, dan lain-lain. PPP hanya perbandingan di antara matawang dengan matawang lain.

Harga barang pula merujuk pada kebolehan matawang untuk membeli barangan atau dipanggil purchasing power (PP).

PP atau kuasa beli matawang untuk membeli barangan bergantung pada kadar inflasi. Ia tidak ada kaitan dengan perbandingan nilai matawang dengan matawang asing seperti dolar AS.

Contohnya, zaman kanak-kanak dulu (90an), nasi lemak berlauk ayam hanya berharga RM1. Hari ini, nasi lemak berlauk ayam yang sama telah meningkat berharga RM3.

Apa yang kita faham ialah, harga nasi lemak berlauk ayam telah naik 3 kali ganda. Hakikatnya ialah (purchasing power) kuasa beli ringgit yang semakin jatuh 3 kali ganda disebabkan inflasi matawang.

Contoh tersebut juga menerangkan bahawa kuasa beli ringgit pada zaman 90an lebih tinggi berbanding dengan kuasa beli tahun ini. Inflasi telah menghakis kuasa beli matawang kita!

Kadar inflasi bergantung pada seberapa banyak duit kertas dicetak oleh kerajaan. Kemajuan ekonomi sesebuah negara juga akan meningkatkan kadar inflasi.

Kata mudah, inflasi tidak akan berhenti menghakis kuasa beli matawang kita. Inflasi pasti akan berlaku dan tetap akan berlaku. Sama ada, keadaan ekonomi stabil atau dilanda krisis.

Sebagai rakyat biasa, kita wajib faham bahawa inflasi akan menjatuhkan kuasa beli duit simpanan kita di bank. Sebab itu, pakar wang saran simpan emas sebagai simpanan jangka masa panjang.

Kesimpulannya, kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS tidak akan menurunkan harga barangan. Sebab PPP tidak sama dengan PP. Konsepnya berbeza dan sangat mudah difahami.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
1 Oktober 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments