Perang Iran, Harga Emas Meroket Tembusi Iron Dome

Perang Iran ke atas Israhel yang semakin parah meledakkan harga emas. Kemarahan Iran telah melepaskan lebih 200 peluru berpandu ke arah Israhel.

Penganalisis Kitco, Jim Wyckoff dalam kenyataannya meramalkan harga emas dan perak bakal memecahkan rekod tertinggi baru. Jika Iran meneruskan serangan ke atas Israhel.

Emas terkenal sebagai aset safe haven ketika berlaku konflik atau krisis mahupun perang. Mendapat permintaan tinggi ketika ini.

Di kala aset-aset lain sedang merundum jatuh. Aset emas, juga termasuk perak semakin bersinar, lantaran pelabur mula berpindah kepada aset safe haven tersebut.

Pembelian emas oleh bank-bank pusat lebih meningkatkan permintaan secara mendadak. Terutamanya daripada China dan India yang berlumba-lumba menambah emas ke dalam rizab bank pusat.

Harga emas dicatatkan meningkat melebihi 1% dalam sehari. Mencecah $2,661.63 seauns. Lalu, meningkat kepada $2,685.42 seouns. Meningkat lagi 0.9% kepada $2,690.3 seauns.

Perang Lonjak Permintaan Safe Haven

Seperti yang berlaku ketika konflik Rusia-Ukrain, nilai aset kertas atau aset kewangan seperti matawang, saham, dan lain-lain akan menjadi rapuh.

Maka pelabur-pelabur bertindak menukarkan aset kewangan mereka kepada aset fizikal seperti emas dan perak. Sebagai pelindung daripada kemerosotan nilai kekayaan mereka.

Ia bukan perkara baru, permintaan emas sebagai safe haven telah menjadi alternatif bagi pelabur-pelabur sejak perang dunia pertama lagi.

Ketika Republik Weimar, Jerman, telah mengalami hiperinflasi yang teruk, ketika perang dunia pertama tercetus. Matawang Mark Jerman, ketika itu telah mengalami kejatuhan teruk sehingga kebangkrapan.

Hanya emas dan perak fizikal kekal bernilai ketika perang. Selain itu, segala bentuk aset kertas atau aset kewangan kan mengalami kejatuhan mendadak sehingga hilang nilainya menjadi kosong.

Oleh sebab itu, pakar kewangan menasihatkan kita untuk menabung emas dari sekarang. Ia bukan saja menambah kekayaan kita, malah melindungi aset kekayaan supaya tidak jatuh miskin akibat krisis.

Ramai masih mempersoalkan kepentingan menyimpan emas sebagai simpanan menggantikan wang simpanan di bank. Sedangkan, sejarah telah membuktikan.

Jika dikenang kembali, nenek moyang dulu-dulu juga menjadikan emas sebagai simpanan harta kekayaan. Diketahui juga bahawa zaman dulu-dulu masih menggunakan wang kertas.

Apabila, harta simpanan emas nenek moyang diwariskan kepada kita, ketika itu, mendapati nilai emas pusaka telah menjadi jauh lebih mahal. Justeru, kekayaan pewaris semakin bertambah.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
8 Oktober 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments