Kereta mewah telah menjadi trend zaman sekarang sebagai lambang kekayaan atau kejayaan seseorang. Sungguhpun, hakikatnya kereta tersebut dibeli dengan hutang.
Jika membaca buku kewangan, kita boleh dikatakan ‘mampu’ apabila membeli sesuatu tanpa hutang. Atau membuat bayaran secara tunai atau cash.
Contohnya, jika kita ke kedai mahu membeli telefon pintar iPhone 16. Jika kita memerlukan pelan pembayaran ‘easy payment’, sudah jelas kita tidak mampu membelinya.
“Mampu dulu, baru beli” – Nasihat orang dulu-dulu.
Kita boleh dikatakan ‘mampu’ beli iPhone 16 apabila kita boleh bayar dengan tunai tanpa hutang. Maka, tidak salah untuk memilih smartphone jenama lain yang lebih murah yang sesuai dengan bajet kita.
Malangnya, masyarakat kita telah di ‘brainwash‘ untuk memilih hutang tanpa segan-silu. Malah menganggap hutang tersebut sebagai sebuah kemudahan pembayaran.
Tanpa disedari, mereka telah menambah komitmen kewangan bulanan. Maka, sedikit demi sedikit beban hutang semakin bertambah setiap bulan.
“Kan ada easy payment plan, jadi gunakan jer lah. Boleh bayar sikit-sikit.”
Begitu juga dengan kereta. Kita di ‘brainwash‘ untuk percaya bahawa ‘mampu beli’ apabila kita mampu bayar installment bulanan kereta. Hutang dianggap normalisasi di zaman sekarang.
Kita percaya bahawa ‘mampu beli’ apabila permohonan loan (hire purchase) telah berjaya diluluskan oleh pihak bank.
Sungguhpun kereta berharga RM100,000, dengan bayaran RM1,111 sebulan, berhutang selama 9 tahun. Dengan gaji RM3,000 sebulan, kita rasa layak dan mampu beli kereta tersebut.
“Alaa, RM1,111 jer sebulan.” Realitinya, mereka telah membebankan diri mereka dengan hutang sebanyak 6 angka (RM100,00) selama 9 tahun. Sedangkan, gajinya cuma 4 angka (RM3,000).
Salahkah Membeli Kereta Mewah?
Tidak salah membeli kereta mewah, sekiranya betul-betul mampu. Kereta merupakan keperluan hidup di zaman sekarang.
Fungsi utama kereta ialah untuk membawa kita dari poin A ke poin B. Dalam kata lain, sebagai kenderaan untuk mengatasi jarak di antara dua tempat.
Membeli kereta mewah hanyalah sekadar pilihan bagi orang yang mempunyai lebih banyak duit. Alasan kuat yang biasa diletakan ialah, bertujuan prestij atau tanda kejayaan.
Segelintir menganggap kereta sebagai aset atau harta kekayaan. Hakikatnya, ia hanyalah liabiliti atau beban kewangan yang sentiasa susut nilainya ditelan waktu.
BACA LAGI: Kereta, Kos Tersembunyi Wajib Tahu
Mentor kewangan, Tuan Mohd Zulkifli Shafie menulis pendapatnya yang menarik tentang kereta mewah di laman telegram.
Katanya, kos sebenar beli dan bela kereta mewah; Mercedes AMG. Kos beli saja cecah RM600,000. Sekali dengan kos bela (termasuk caj keuntungan bank) untuk 5 tahun, mungkin boleh cecah RM1 juta.
Sambungnya, nak pakai kereta mewah macam ni, pastikan unlock jumlah harta bersih bernilai RM1 juta dulu. Supaya hasil penat lelah kita bekerja bertahun-tahun akhirnya ada harta RM1 juta menjadi milik kita.
Bukan akhirnya dengan menjadikan harta kita yang bernilai RM1 juta tersebut menjadi milik bank. (Harta kita RM1 juta diberikan kepada bank).
BACA LAGI: Aset-Aset Pelaburan Paling Menguntungkan Di Masa Depan Terbongkar
Harta ialah apa yang membuatkan duit masuk ke dalam poket kita. Beban (liabiliti) pula ialah apa yang membuatkan duit keluar dari poket kita dan menjadi harta bagi orang lain (bank).
Tidak kisahlah apa kenis kereta pun, ia tetap liabiliti dan bukannya aset kekayaan. Aset sebenar hanyalah seperti emas dan perak fizikal. Di mana, nilainya semakin lama disimpan, semakin meningkat.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
15 Oktober 2024