Pecah rekod tertinggi lagi apabila harga emas telah mencecah RM409 segram pada hari ini dan terus mendaki.
Berbanding bulan lepas, Sept 2024, purata harga emas berlegar sekitar RM384 segram. Kenaikan sekitar RM25 segram dalam masa sebulan saja. Kenaikan yang luar biasa!
Penyimpan emas pasti tersenyum dengan kenaikan harga emas sekitar 6.5% dalam hanya sebulan. Berbanding dengan dividen ASB yang hanya menawarkan 6% dalam masa 12 bulan.
Harga emas pecah rekod tertinggi apabila permintaan safe-haven meningkat dikalangan pelabur-pelabur dan bank pusat secara global.
Menurut ahli strategi Bank Of America, pelabur dan termasuk bank pusat berubah arah menjadikan emas sebagai satu bentuk perlindungan kekayaan terhadap inflasi yang degil dan pengurangan hutang.
Inflasi tinggi dan pengurangan hutang disebabkan oleh percetakan wang fiat yang tidak berkesudahan dan pinjaman kerajaan.
Emas telah menjadi pilihan terbaik dan merupakan aset terakhir bagi bank pusat diseluruh dunia sebagai pelindung kekayaan daripada ketidak-tentuan ekonomi dan peningkatan hutang secara global.
Menurut pandangan Mohamed El-Erian, bekas CEO of PIMCO dan merupakan President of Queens’ College, Cambridge. Sesuatu yang pelik telah berlaku pada harga emas sepanjang tahun lalu.
Beliau menyatakan bahawa harga emas telah meningkat dari paras $1,947 seounce ke paras $2,700 seounce. Iaitu kenaikan sebanyak 40% dalam masa 12 bulan (setahun).
El-Erian menunjukkan pembelian jongkong emas yang konsisten oleh bank pusat sebagai pemacu penting kekuatan emas.
Tambah beliau, ia merupakan trend terbaru apabila harga emas naik secara berterusan “all-weather” . Tanpa mengira perkembangan ekonomi, pilihan raya, dan geopolitik.
Trend terbaru ini bakal meningkatkan harga emas secara berterusan di masa depan dengan lebih konsisten. Ia berpotensi mencecah RM530 segram ($3,000 seounce).
Emas Pecah Rekod, Bila Masa Terbaik Beli Emas?
Menurut pakar, masa terbaik beli emas adalah pada 20 tahun yang lalu. Dan masa kedua terbaik ialah sekarang.
Harga emas 20 tahun yang lalu sememangnya diketahui sangat murah bagi orang sekarang. Tetapi, bagi orang dulu-dulu, harga emas dikatakan mahal ketika itu.
Tidak ada satu zaman pun yang mengatakan harga emas murah. Setiap zaman, manusia sentiasa mengatakan bahawa harga emas adalah mahal.
Sebab itu, masa yang terbaik untuk mula menabung atau melabur emas ialah sekarang. Kemudian, tunggu harga emas meningkat.
BACA LAGI: Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi Ringgit
Semakin awal kita mula membeli emas, maka semakin awal kita bakal raih keuntungan. Dan semakin awal kita boleh mengembangkan kekayaan.
Mentor saya Tuan Zulkifli Shafie berpendapat, masa terbaik menabung emas ialah ketika kita ada duit. Setiap kali gaji, asingkan sebahagian duit untuk menabung emas.
Jika asyik menunggu harga emas turun, kita bakal terlepas peluang. Berkemungkinan ketika harga emas turun, duit kita pula sudah habis. Terlepas peluang!
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumulah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
22 Oktober 2024