Harga Emas Jatuh, Public Gold Diserbu

Harga emas jatuh ketika pandemik Covid-19 merupakan suatu perkara yang pelik dalam sejarah manusia. Sedangkan dalam sejarah sentiasa menunjukkan kenaikan harga emas mendadak ketika krisis.

Apa yang telah berlaku ketika pandemik ini, yang mengubah corak pasaran emas semasa? Mari kita bincangkan.

Hubungan Harga Emas Dan US Dollar

Perkara asas yang kita perlu tahu tentang trend harga emas semasa ialah hubungan emas dan USD. Apabila nilai USD meningkat maka harga emas akan jatuh. Begitu juga sebaliknya, apabila nilai USD jatuh maka harga emas akan meningkat.

Update ilmu emas FREE di Telegram Channel

Klik JOIN TELEGRAM

Atau dalam bahasa teknikal di katakan, harga emas berkadar songsang dengan nilai USD. Bagaimana ia berlaku begitu?

Hubungan Emas Dan Sistem Wang Fiat Di Putuskan

Image subject to copyright

Sistem Wang Fiat ialah sistem matawang (duit kertas) yang kita guna sekarang seperti Ringgit, Dollar, Rupiah dan lain-lain. Setiap matawang yang di cetak mesti bersandarkan nilai US Dollar. Sebab itu setiap negara mempunyai rizab matawang dollar di dalam bank negara masing-masing.

Sebelum sistem wang fiat di gunakan, setiap duit kertas yang di cetak mesti bersandarkan nilai emas. Tetapi Presiden Nixon (Amerika) telah memutuskan hubungan emas dan dollar pada tahun 1971. Bermaksud, setiap dollar yang di cetak tidak lagi bersandarkan emas. Sejak itu, duit kertas di cetak sesuka hati tanpa sandaran nilai dan berlaku inflasi sehingga sekarang.

Kadar inflasi yang menyebabkan emas semakin mahal.

Punca Harga Emas Jatuh September 2021

Menurut pakar emas Malaysia tuan Syukor Hashim di dalam facebook menjelaskan punca harga emas merundum sebanyak USD 30.70/oz. Banyak juga tu!

Beliau menjelaskan pada pukul 8.30pm (bertarikh 16 Sept 2021), telah keluar satu laporan data Jualan Runcit US (Retails Sales) untuk bulan Ogos 2021.

Laporan tersebut menunjukkan peningkatan jualan runcit di US sebanyak 0.7% untuk Ogos 2021. Peningkatan 0.7% ini sebenarnya sangatlah sedikit, tetapi kenapa harga emas boleh jatuh teruk?

Info Emas Terkini. FREE di Telegram Channel

Klik>> JOIN TELEGRAM

Agensi statistik US (Census Bureau) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 di US akan memberi kesan terhadap rantaian bekalan (supply chain) di US. Mereka menjangkakan jualan runcit Ogos 2021 di US akan merosot 0.8%.

Namun kejutan berlaku apabila data jualan runcit Ogos 2021 meningkat kepada 0.7%. Ini seolah-olah memberi bayangan bahawa ekonomi US adalah kuat dan mampu menghadapi risiko covid-19.

Tambah beliau, apabila data ekonomi menunjukkan kekuatan/peningkatan seperti ini maka harga emas akan jatuh. Ini kerana emas di lihat sebagai aset selamat ketika situasi ketidaktentuan dan emas hilang daya tarikan ketika ekonomi di lihat sedang pulih. Inilah sebabnya emas merundum!

Kenapa Public Gold Diserbu?

harga emas
Klik Join Telegram Channel

Bagi anda yang belum tahu, Public Gold merupakan syarikat jual beli emas dan perak terbesar di Malaysia. Public Gold sudah beroperasi selama 11 tahun di Malaysia sejak penubuhanya pada tahun 2008. Harga yang di tawarkan Public Gold juga termurah dan boleh di beli serendah RM100 saja.

Kelebihan yang penting ialah kadar spread emas yang rendah. Jika kadar spread emas tinggi maka anda mungkin akan mengalami kerugian ketika menjual semula (BuyBack) emas anda nanti. Tidak mustahil Public Gold diserbu!

Anda tidak perlu risau tentang kehabisan stok yang berlaku di kedai-kedai emas, kerana stok emas Public Gold yang banyak dan cukup bagi menampung permintaan rakyat Malaysia. Tambahan, Public Gold mempunyai 18 cawangan di hampir setiap negeri di Malaysia.

Berita baik! Public Gold juga menawarkan kaedah GIT (Gold In Transit). Iaitu kaedah pos emas terus ke alamat anda dengan selamat dan di lindungi insuran (RM5000). Kaedah ini diperkenalkan gara-gara pandemik Covid-19 yang menghadkan pergerakan orang ramai.

Update Promosi Emas di Telegram Channel

FREE untuk JOIN TELEGRAM

Tambah ilmu lagi di artikel ini:

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
21 September 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments