Kelantan Pelopor Dinar Dirham Malaysia

Kelantan merupakan negeri yang menjadi pelopor kepada penggunaan Dinar (emas) dan Dirham (perak) sebagai sistem muamalat di Malaysia. Tanpa inisiatif menteri besar Kelantan ketika itu, mungkin hari ini kita tidak kenal Dinar Dirham yang telah menjadi matawang Islam sejak zaman nabi.

Idea Ulama Kelantan

Syarikat Kelantan Trade Gold (KTG) telah di tubuhkan sekitar tahun 2006. Syarikat ini ditubuhkan bertujuan melaksanakan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan menjadi pelopor penggunaan Dinar dan Dirham. Ini atas inisiatif Menteri Besarnya ketika itu iaitu Allahyarham Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Nik Aziz.

Dinar kelantan

Pada tahun 2009, Tuan Guru Nik Aziz di letakkan di antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan di senaraikan dalam buku berjudul The 500 Most Influential Muslim. Buku tersebut di tulis di Georgetown University, di Amerika Syarikat.

Di awal bagi memasarkan produk, KTG banyak membuat seminar emas termasuk di masjid di Bukit Damansara. Mereka mempopularkan penggunaan Dinar dan Dirham bagi urusniaga harian di Kelantan. Di mana, banyak kedai emas, kedai jam tangan cina turut menerima Dinar dan Dirham bagi urusniaga pembelian jam tangan dan sebagainya.

Tindakan KTG telah membuka mata banyak syarikat emas lain yang turut menghasilkan produk Dinar, Dirham, jongkong, dan sebagainya. termasuklah Public Gold.

Kelantan dinar
Syiling 1 Dinar emas gred 999 Public Gold

Public Gold telah ditubuhkan sejak tahun 2008. Kini syiling Dinar dan Dirham jenama Public Gold yang paling banyak dalam circulation di Malaysia. Bermaksud, semakin ramai masyarakat Malaysia telah mempunyai kesedaran tentang kepentingan dan menyimpan matawang Islam (Dinar Dirham).

Isu Dinar Dan Unta

Sheikh Emran Hossain seorang tokoh falsafah yang arif dalam bidang Islamic eschatology, dan juga banyak menulis buku. Salah satu karya beliau ialah Jerusalem In The Quran. Beliau menerangkan hubungan kuasa beli Dinar emas dengan seekor unta.

Kelantan Dinar
Image subject to copyright

Beliau menerangkan apabila beliau mendapat gaji dalam bentuk emas, beliau mampu membeli seekor unta. Emas selebihnya di simpan di bawah bantal. Setelah 5 tahun, beliau keluarkan emas tersebut dan masih mampu membeli unta. Setelah 10 tahun, beliau masih mampu beli unta.

Apabila beliau mendapat gaji dalam bentuk duit kertas, pada mulanya mampu membeli unta. Setelah beberapa tahun kemudian, duit kertas itu tidak lagi mampu membeli unta. Malah hanya mampu membeli keldai.

Beliau menerangkan bahawa nilai duit kertas sentiasa di rompak oleh inflasi. Semakin lama kita simpan duit, maka semakin susut nilai duit simpanan kita. Sungguhpun duit kita semakin bertambah, namun hakikatnya semakin miskin. Jika kita simpan Dinar emas, maka kekayaan kita akan kekal sepanjang hayat. Insha-Allah.

Dinar Dirham Serendah RM100

Free Join Telegram Channel Sekarang!
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
4 Januari 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Kelantan Pelopor Dinar Dirham Malaysia […]