Sebab Harga Emas Turun Februari 2023

Sebab-sebab harga emas turun biasanya dipengaruhi oleh tindakan bank Federal Reserve Amerika. Namun, faktor tersebut menyebabkan harga emas turun hanya untuk sementara waktu saja.

Sebagaimana yang kita tahu, harga emas sentiasa naik berkadar songsang dengan inflasi dolar Amerika. Penurunan harga emas hanyalah bersifat sementara. Dalam jangka masa panjang, ia tetap akan naik!

Sebab Harga Emas Turun

Menurut pakar emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim di facebook beliau menjelaskan sebab-sebab harga emas turun. Pada 3 Februari 2023 bersamaan pada hari Jumaat, Biro Statistik Pekerjaan di Amerika telah mengeluarkan laporan pekerjaan NFP (Non-Farm Payroll).

sebab harga emas jatuh

Laporan tersebut dikeluarkan bertujuan untuk mengukur kekuatan pasaran kerja negara Amerika Syarikat (AS). Sejumlah 517,000 pekerjaan baru telah dicipta berbanding jangkaan sebelumnya sejumlah 193,000 saja.

Perbezaan besar tersebut jelas menggambarkan keadaan pasaran kerja AS sedang mengukuh. Sekaligus, ia menunjukkan pengukuhan ekonomi AS.

BACA Rekomendasi: Bank Negara Naikkan Kadar Faedah, Apa Sebabnya?

Apabila ekonomi AS sedang menguat, maka kebarangkalian bagi kadar faedah bank dinaikkan adalah sangat tinggi. Lalu menyebabkan permintaan terhadap emas berkurangan.

Atas sebab tersebut, pelabur-pelabur bergegas menjual aset emas mereka dengan drastik. Kesannya, harga emas dunia menurun.

3 Hari Kemudian

Selang 3 hari kemudian bertarikh 6 Februari 2023, bersamaan hari Isnin ketika pasaran dibuka memaparkan berita baik. iaitu harga emas kembali mendaki naik semula.

Laporan pekerjaan telah menguatkan dolar AS lalu menyebabkan harga emas turun. Namun, ia hanyalah bersifat sementara.

BACA Rekomendasi: Anwar Ibrahim, Tentang Masa Depan Ringgit

Apabila tidak ada lagi laporan pekerjaan yang dikeluarkan, maka harga emas akan kembali naik seperti biasa yang berlaku sejak tahun 1971.

Apabila nilai dolar melemah, maka harga emas akan naik. Begitu juga sebaliknya. Bermaksud, harga emas dikatakan berkadar songsang dengan kekuatan dolar AS.

Kesimpulan

Harga emas turun hanyalah bersifat sementara. Jika kita memerhatikan data goldprice.org, harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 1971 berbanding dolar AS.

Ambil peluang ketika harga emas turun ini. Untuk membeli atau menambah simpanan emas kita. Inilah masa terbaik untuk menambah simpanan emas dengan memborongnya pada harga rendah.

FREE! Info Terkini Emas Di Telegram

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
7 Februari 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments