Pelaburan emas bukan perkara baru. Lebih kurang 300,000 orang rakyat Malaysia telah memilih emas fizikal sebagai pelaburan akibat kemerosotan pelaburan lain akibat Pandemik Covid-19.
Jika anda masih baru di dalam dunia pelaburan emas, di sini saya berkongsi ilmu dan di jamin 100% akan membantu anda menguasai ilmu pelaburan emas fizikal dengan betul, tepat dan selamat lagi patuh syariah.
1) Mana Lebih Untung; ASB, Tabung Haji atau Pelaburan Emas?
Ini adalah soalan paling popular bagi orang baru. Bagi jangka masa pendek, ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 30%, dan juga turun sampai 28%. Purata kenaikan harga emas sekitar 11% setahun sejak 10 tahun lalu. Lepas tolak kos spread & zakat, untungnya sekitar 8% – 10%. Tabung Haji (3.89%), ASB (4.5% lepas tolak zakat 2.5%). Belum tolak lagi inflasi Ringgit 4%.
Tahun | ASB (%) | Tabung Haji (%) | Emas (%) |
2003 | 7.25 | 4.00 | 21.74 |
2004 | 7.25 | 4.30 | 4.97 |
2005 | 7.25 | 4.50 | 17.12 |
2006 | 7.30 | 4.75 | 23.92 |
2007 | 8.00 | 5.00 | 31.69 |
2008 | 7.00 | 5.00 | 3.41 |
2009 | 7.30 | 5.00 | 27.63 |
2010 | 7.50 | 5.50 | 27.74 |
2011 | 7.65 | 6.00 | 11.65 |
2012 | 7.75 | 6.50 | 5.68 |
2013 | 7.70 | 6.00 | – 27.79 |
2014 | 7.50 | 6.25 | – 0.19 |
2015 | 7.25 | 5.00 | – 11.59 |
2016 | 6.75 | 4.25 | 8.63 |
2017 | 7.00 | 6.25 | 12.57 |
2018 | 6.50 | 1.25 | – 1.15 |
2019 | 5.00 | 3.05 | 18.83 |
2020 | 4.25 | 3.1 | 24.20 |
Purata Tahunan | 7.01 | 4.76 | 11.05 |
Belum tolak zakat 2.5% | Bersih selepas tolak zakat | Belum tolak spread dan zakat 2.5% |
PENTING: Setiap duit kertas di dunia mengalami inflasi (Susut nilai duit), begitu juga Ringgit lebih kurang 4% setahun. Bermaksud dividen perlu tolak inflasi selepas tolak zakat. (Emas tiada inflasi)
Tips Dari Pakar Emas:
Jika anda mahu simpan duit untuk tempoh 2 – 3 tahun, simpanlah dalam bentuk emas. Kuasa beli dan nilai emas lebih terjamin!
Kalau ada bajet besar, boleh pertimbangkan simpan kekayaan dalam bentuk rumah pelaburan atau tanah (Yang di usahakan).
Mentor emas saya juga menjadikan Tabung Haji dan ASB hanya untuk simpanan kecemasan (Berjumlah 3 bulan gaji) atau duit yang mahu di gunakan dalam jangka masa terdekat saja. Selebihnya dalam bentuk emas dan hartanah.
2) Apa Jaminan Harga Emas Sentiasa Naik?
Tidak ada jaminan sebab harga emas ada turun naik dalam tempoh jangka masa pendek (Perkara normal). Tapi boleh di katakan harga emas CONFIRM sentiasa naik dalam jangka masa panjang di sebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa susut. Penurunan kuasa beli duit kertas itulah yang menyebabkan harga barang naik dalam jangka panjang, samada barang keperluan, rumah, tanah, apatah lagi emas! Kesannya, kita terpaksa bayar duit yang lebih banyak untuk dapatkan barang yang sama dalam jangka panjang!
Jadual di bawah merupakan prestasi kenaikan harga emas dalam jangka masa 20 tahun iaitu bersamaan 634.08%
Saya harap anda dapat melihat potensi pelaburan emas di dalam jangka masa panjang. Ia menguntungkan anda!
Apa Keuntungan Pelaburan Emas?
Dari sudut simpanan emas banyak membantu.
1- Elak Kebocoran Wang.
Ramai orang tidak dapat melawan nafsu berbelanja, lalu wang yang di simpan dalam akaun bank sentiasa berkurang dan tidak bertahan lama. Tambahan pula zaman sekarang yang boleh shopping online di hujung jari saja. Lagi menguatkan godaan untuk berbelanja. Emas boleh jadi “ubat mujarab” bagi menyelesaikan masalah kebocoran simpanan bagi kebanyakkan orang.
2. Nilai Bertahan Dari Ketidak-stabilan Ekonomi & Politik.
Nilai emas tidak tergugat walaupun berlaku krisis ekonomi, sedangkan nilai ringgit (RM) jatuh, hatta berlaku peperangan sekalipun. Ini disebabkan nilai emas di pegang kukuh oleh berat dan ketulenan emas itu sendiri tanpa perlu jaminan dari sesiapa. Emas adalah DUIT SEBENAR yang telah digunakan sebagai alat penyimpan nilai paling kukuh dalam sejarah manusia.
3. Selamat Dari Susut Nilai Duit.
Simpan emas tidak perlu risau tentang kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka panjang kerana emas mengekalkan KUASA BELI SEPANJANG ZAMAN. Sedangkan duit kertas, kuasa belinya confirm susut dari tahun ke tahun.
Zaman Nabi Muhammad s.a.w, seekor kambing boleh di beli dengan syiling emas 1 dinar (berat 4.25 gram, ketulenan 999.9). Hari ini, harga 1 dinar sekitar RM1,210, juga cukup untuk beli seekor kambing.
Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun. Berbeza dengan duit kertas; tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup untuk budak sekolah makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni RM2.00 sehari pun belum tentu cukup! Ini bukti duit kertas sentiasa susut kuasa belinya. Orang simpan emas, akan selamat daripada kesan inflasi!
Tips Pakar Kewangan
3) Apa Jenama Emas Terbaik Bagi Pelaburan Emas di Malaysia?
Tujuan pelaburan adalah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi di masa depan. Sebenarnya jenama apa pun tidak kisah, yang penting mesti ada 5 kriteria ini:
- HARGA per gram RENDAH
- SPREAD NIPIS – supaya cepat nikmati keuntungan
- STOK TIADA HAD – terutamanya bila harga tengah rendah
- CAWANGAN BELI/JUAL BANYAK – supaya memudahkan urusan
- JAMINAN BELI BALIK – bila kita mahu jual nanti
Berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2015, syarikat Public Gold yang terbaik. Sebabnya senang beli dan senang jual. Boleh dapat untung maksimum bila jual balik. Harga lebih murah 15% dari harga emas di kedai. Cawangan Public Gold juga banyak, mudah urusan.
Sila Baca: 7 Manfaat Pilih Emas Public Gold. Murah Patuh Syariah
Tips Elak Kena Scammed
4) Jika Mahu Pakai Duit, Di Mana Perlu Saya Jual Balik Emas Itu?
Emas boleh di jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia. Confirm laku! Asalkan ia emas dan tulen.
Tapi kalau nak dapat HARGA TERTINGGI, jual di tempat di mana anda membelinya. Kalau beli Kijang Emas, jual balik kepada Maybank. Kalau emas Public Gold, jual terus di office Public Gold atau dealer Public Gold. Kalau emas Poh Kong, jual kepada Poh Kong.
Kalau mahu guna duit sekejap untuk rolling, boleh pajak gadai emas di Ar Rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar. Caj sebenar pajakan sekitar RM0.85 bagi setiap RM100 marhun dari nilai pinjaman selama 6 bulan.
5) Adakah Barang Kemas Sesuai Untuk Pelaburan?
Barang kemas kurang sesuai untuk pelaburan, ia lebih sesuai untuk perhiasan. Kalau untuk pelaburan, paling baik ialah gold bar atau syiling dinar sahaja. Barang kemas rugi bila mahu jual balik sebab pekedai emas akan tolak susut nilainya (Spread) sekitar 25% – 30% dari harga semasa. Harganya juga lebih mahal sekitar 15% per gram berbanding emas berbentuk gold bar dan dinar. Itu belum kira kos upah tukang.
6) Adakah Pelaburan Emas Boleh Dapat Income Setiap Bulan?
Pelaburan emas tiada “pendapatan” sama ada bulanan atau tahunan seperti dividen ASB, Tabung Haji dsb. Kalau ada yang menjanjikan “pendapatan”, itu adalah SCAM (penipuan) dan money game (skim cepat kaya)!
Jauhkan diri dari mana-mana Skim Pelaburan yang menjanjikan:
- Pulangan tetap setiap bulan. (Duduk diam pun duit masuk)
- Pulangan tak masuk akal (Keuntungan lebih 15% setahun)
- Berhati-hati bila beli emas. Pastikan anda mendapat emas fizikalnya. (Beli emas, pastikan dapat emas, bukan dapat RESIT, SURAT PAJAK atau ada syarat TEMPOH MATANG untuk dapatkan emasnya!)
7) Di Mana Untuk Semak Harga Emas Semasa?
Emas bukan barang kawalan. Harga emas berbeza-beza antara setiap pengeluar sebab kos pengeluaran mereka berbeza, dan kadar keuntungan juga berbeza. Anda boleh cek harga emas di website setiap pengeluar:
Jenama/ Pengeluar Emas Fizikal | Website |
Public Gold International | www.publicgold.com.my |
Kijang Emas BNM | www.maybank2u.com.my |
Nusantara Bullion Exchange (NUBEX) | www.nubex.my |
Harga Emas Umum di Malaysia | www.hargaemas.com.my |
Harga Emas Dunia | www.kitco.com |
Sejarah Harga Emas Dunia | www.goldprice.org |
SOALAN BONUS! Di Mana Saya Boleh Beli Emas Sekarang?
Anda boleh beli emas jenama Public Gold dengan segera sebab stok emas Public Gold banyak dan tidak terhad! Sila whatsapp/call saya supaya saya boleh uruskan semuanya buat anda.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
19 Januari 2021
[…] 7 Soalan sebelum mula simpan emas […]
[…] aset seperti perniagaan, hartanah (Disewakan), dividen (ASB, KWSP, mutual fund), commodities (Emas dan […]
[…] 7 Kelebihan Simpan Emas […]