Dividen yang di umumkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) bakal mengagihkan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah 4.6 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022. Berita baik buat semua pelabur ASB!
Malangnya dividen ASB sedikit turun berbanding tahun lepas. Adakah masih berbaloi dengan keadaan inflasi matawang tinggi?

Adakah berbaloi dengan kejatuhan nilai ringgit berturut-turut selama 11 hari? Adakah pelaburan ASB masih menguntungkan di masa depan?
Pendapat Mentor Wang Tentang Dividen
Mentor Wang Azizi Ali telah membuat sesi FB Live mengatakan bahawa ASB merupakan pelaburan yang bagus. Tetapi jangan buat loan untuk menyimpan atau melabur seperti loan ASB (ASB Financing). Beliau juga berkata, pelaburan mesti pakai duit sendiri.
Kata beliau, setiap pelaburan ada risiko turun naik nilainya. Maka jika anda mengambil loan ASB, ia akan menambah risiko pelaburan anda kerana anda perlu membayar interest rate bagi loan tersebut. Tidak ada buku pelaburan yang mengesyorkan meminjam duit untuk melabur.
Adakah Dividen ASB Masih Berbaloi?
Risiko terbesar bagi duit ialah nilainya akan susut di hakis inflasi setiap tahun. Jika kadar inflasi ringgit 5% setahun, di tolak dengan kadar dividen 4.6%, maka kita masih rugi.

Bagi anda yang buat ASB financing, anda perlu tolak interest rate bagi bank masing-masing. Belum lagi di tolak zakat ASB 2.5% (Bagi muslim).
Secara amnya, jumlah bilangan duit kertas kita dalam ASB akan bertambah dengan dividen. Hakikatnya, kita masih rugi akibat nilai duit yang di hakis inflasi setiap tahun tanpa kita sedari.
Pesan Mentor Wang Azizi Ali
Mentor wang Azizi Ali mengesyorkan untuk melabur emas. Emas telah memberi pulangan lebih tinggi dari dividen ASB sejak 20 tahun kebelakangan. Beliau juga menjangka bahawa emas akan naik lebih tinggi di masa akan datang.

Beliau juga mengesyorkan untuk menabung emas Public Gold kerana Public Gold merupakan syarikat emas terbesar di Malaysia yang di iktiraf patuh syariah, murah, mudah dan selamat.
“Anda patut memiliki emas, dan milikinya sekarang kerana ia adalah insuran yang unggul bagi melindungi kita daripada malapetaka kewangan. Krisis dan malapetaka tidak hadir dengan amaran“
–Masa Untuk Emas oleh Azizi Ali

Pesan beliau dalam bukunya berjudul Masa Untuk Emas, kita memerlukan aset yang mempunyai kriteria berikut:
- Kekal dengan nilainya ketika krisis,
- Boleh di bawa ke mana-mana,
- Cair iaitu mudah di tukarkan kepada wang tunai. Iaitu EMAS!
Info Pelaburan Terkini Di Telegram Channel
Klik Join Telegram
SHARE sebarkan manfaat. Jazakallah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
23 December 2020
[…] perkara yang boleh di jadikan sebagai aset seperti perniagaan, hartanah (Disewakan), dividen (ASB, KWSP, mutual fund), commodities (Emas dan […]