Emas bersinar dengan pencapaian rekod baru tertinggi memasuki di ambang tahun baru 2024. Permulaan yang sangat baik dan berita gembira untuk pelabur emas.
Harga emas meningkat sekitar 15% di awal tahun sehingga bulan Mei 2023. Dan turun sekitar 13% menjelang Oktober. Kemudian, kembali naik sekitar 19% di akhir tahun bulan Disember 2023.
Menurut sumber yang dipercayai, harga emas di Malaysia telah naik sekitar 20% di hujung tahun berakhir Disember 2023. Kenaikan harga emas jauh lebih tinggi berbanding dividen ASB yang hanya 5.25% saja.
Rekomendasi Untuk Anda: Dividen ASB Naik 5.25% Tahun Ini. Adakah Masih Berbaloi?
Beberapa faktor yang sama dijangka bakal melonjakkan harga emas pada suku pertama tahun 2024. Berdasarkan analisis data daripada DailyFX.
Faktor utamanya adalah disebabkan kelemahan Dolar Amerika. Harga emas sentiasa berkadar songsang dengan prestasi matawang Dolar Amerika.

Jika matawang Dolar Amerika meningkat, maka harga emas akan menurun. Dan apabila matawang Dolar Amerika jatuh, maka harga emas akan meningkat. Ini dipanggil berkadar songsang.
Tinjauan Makro bagi ekonomi Amerika Syarikat (AS) berada dalam ketidak-pastian. Namun, terdapat 2 kemungkinan bakal berlaku.
Rekomendasi Untuk Anda: Krisis Ringgit Malaysia, 3 Strategi Lindungi Kejatuhan Nilai
Pertama, kadar inflasi ke arah 2% membolehkan kadar faedah diturunkan sementara ekonomi menunjukkan pertumbuhan sederhana.
Kedua, apabila pertumbuhan ekonomi dan kadar pengangguran merosot teruk sehingga memaksa Fed (Federal Reserve) untuk mengurangkan kadar faedah dalam usaha merangsang semula ekonomi.
Kedua-dua kemungkinan di atas bakal menurunkan kadar faedah bank. Di mana, senario ini bakal menjadikan logam emas bertambah menarik di mata pelabur dan meningkatkan harga emas.
Dijangka harga emas berpotensi melonjak lebih tinggi dengan konflik geopolitic Hamas-Israel yang berlarutan.
Sebagaimana yang kita tahu, bahawa konflik geopolitik mengakibatkan ketidak-tentuan ekonomi. Lalu, mengakibatkan pelabur-pelabur berpindah kepada aset fizikal seperti logam emas.
Rekomendasi Untuk Anda: Konflik Palestin, Harga Emas Naik! Permintaan Safe-Haven Tinggi
Bukan saja pelabur, malah bank-bank pusat juga berlumba-lumba membeli emas sebagai rizab. Sebagai pelindung atau insuran daripada ketidak-tentuan ekonomi.
Sekaligus menyebabkan permintaan terhadap emas di pasaran melambung tinggi. Permintaan tinggi menyebabkan harga emas meningkat semakin tinggi. Emas bersinar lagi!
Konflik di Timur Tengah, pembelian emas oleh bank pusat yang diketuai oleh China juga meningkatkan daya tarikan jongkong emas Safe-Haven tahun ini. Menurut ramalan penganalisa.
Jika pelabur-pelabur dan bank-bank di serata dunia berlumba-lumba menyimpan emas, mengapa bukan kita? Mengapa kita masih menabung duit di bank? Renungkanlah.
Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?
FREE>Join Telegram Channel
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
2 Januari 2024