asb

ASB 4.6% Atau Emas, Untung Berganda?

ASB sangat sinonim dalam kehidupan kita di Malaysia. Sehinggakan ibu saya banyak kali berpesan kepada saya supaya buka akaun ASB. Selagi saya tidak buka akaun, selagi itu ibu saya asyik membebel. Saya pun buka sajalah akaun ASB tanpa tahu sebabnya, supaya ibu saya tidak membebel lagi.

Pada mulanya saya sendiri tidak ada ilmu tentang ASB. Di sini saya akan menceritakan pengalaman saya melabur Amanah Saham Bumiputera secara ringkas saja. Dan saya ceritakan sedikit tentang pengalaman saya melabur emas.

asb

Kelebihan ASB

Melabur di ASB adalah pelaburan yang mudah dan risiko rendah. Kita cuma perlu buka akaun, simpan duit dalam akaun dan tunggu pembayaran dividen setiap hujung tahun. (Setahun sekali). Keuntungan pelaburan ini bergantung sepenuhnya pada dividen yang di berikan oleh syarikat.

Dividen paling rendah dalam sejarah = 4.25%

ASb

Dividen itu pula bergantung pada prestasi syarikat, keadaan ekonomi dan geopolitik negara Malaysia. Maksudnya, dividen pelaburan kita boleh merosot sekiranya prestasi syarikat merosot, keadaan ekonomi Malaysia merosot, atau geopolitik Malaysia tidak stabil.

Kelebihan Emas

Saya juga melabur emas sebab tertarik dengan kadar kenaikan harga emas yang lebih tinggi berbanding kadar dividen ASB. Kenaikan harga emas sekitar 24% pada tahun 2020. Manakala dividen ASB pula jatuh pada tahun yang sama iaitu sekitar 4.25%.

Baca artikel : Sebab Penting Anda Perlu Simpan Emas

Harga Emas Naik 24% Tahun 2020

Perkara yang sangat pelik apabila harga emas naik mendadak di kala pandemik Covid-19. Sedangkan aktiviti ekonomi tidak berjalan (Lockdown). Manakala dividen ASB pula sudah tentu jatuh, sebab kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid-19. Di tambah lagi dengan ketegangan politik yang berlaku di Malaysia.

Yang Mana Kebal Inflasi

Di sebabkan pelaburan ASB merupakan aset kewangan (Duit kertas), maka ia tidak boleh lari dari kesan inflasi. Katakan dividen ASB ialah 4.6% setahun, dan kadar inflasi ringgit ialah 5% setahun. Bermaksud, 4.6% ditolak 5% = (-ve) 0.4%. Dari sudut nilai, sebenarnya kita masih rugi walaupun jumlah bilangan duit bertambah dalam akaun.

Dividen 4.6% tolak 5% inflasi = (-ve) 0.4% Rugi Nilai

Return – Inflation = Real Return

Walaupun jumlah bilangan duit kita dalam akaun ASB bertambah sebanyak 4.6%, tetapi hakikatnya, duit kita mengalami susut nilai di hakis inflasi ringgit.

BACA Artikel : Bagaimana Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia

Emas pula tidak mengalami inflasi. Sebab emas merupakan aset fizikal dan bukan aset kewangan yang boleh di cetak seperti duit kertas. Bermaksud, emas tidak bergantung pada mana-mana pihak. Dan juga tidak bergantung pada situasi ekonomi dan geopolitik negara Malaysia. Nilai emas berdiri sendiri!

asb
Sumber : Utusan Malaysia

Apa Kata Mentor Wang Malaysia (ASB vs Emas)

Mentor wang Malaysia, tuan Azizi Ali berkata di webinar beliau tentang 2 pelaburan ini. Beliau mengatakan bahawa satu masa dulu ASB memang bagus kerana memberikan pulangan yang reasonable (>7% setahun) dengan risiko yang minimal.

Tapi kini, oleh kerana pulangan daripada ASB telah jatuh (4.25% pada tahun 2020) dan akan kekal rendah begini di tahun-tahun yang akan datang, kita perlu menghijrahkan sebahagian besar daripada wang di dalam ASB itu kepada pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. Salah satu daripada pulangan tersebut ialah emas.

Sumber : G100Network

Kita tinggalkan wang bagi short-term savings (masa kurang dari setahun) dan wang untuk dana kecemasan (3 bulan belanja) dalam ASB. Kita hijrahkan wang selebihnya ke dalam emas.

Memandangkan emas telah memberikan pulangan 9.5% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan (Total return of 612%), melabur dalam emas menjadi pilihan yang lebih baik dan bijak.

Apa Kata Penulis Buku Bestsellers Misi Bebas Hutang & Wang Emas

Penulis buku bestseller Misi Bebas Hutang & Wang Emas ialah mentor saya iaitu tuan Mohd Zulkifli Shafie, beliau berkata nilai wang kertas bukan terletak pada kertasnya tetapi terletak pada jaminan kerajaan.

Jaminan kerajaan itu hanya terjamin jika ekonomi dan politik negara stabil. Jika berlaku apa-apa gangguan terhadap ekonomi dan politik, jaminan itu tidak lagi terpakai dan nilainya boleh terus hilang begitu saja!

Contoh paling mudah, lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara-negara yang sedang bergolak dengan peperangan. Duit mereka tidak lagi bernilai!

Ilmu Pelaburan PERCUMA di Telegram Channel

Klik Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
14 September 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] ASB Vs Emas, Mana Lebih Untung? […]