Honda, Gaji RM4,000 Belum Mampu Pakai. Ini Alasannya.

Honda merupakan kereta idaman bagi kebanyakan rakyat di Malaysia. Sehingga ia dipanggil “kereta cikgu,” sebab ramai cikgu-cikgu suka pakai kereta Honda.

Menurut paultan.org, kereta jenama Honda berada di ranking nombor 1 bagi kenderaan non-national. Dan ranking ketiga di belakang Perodua dan Proton.

Menunjukkan Honda merupakan jenama kenderaan yang paling diminati di Malaysia. Walaupun kebanyakan modelnya lebih mahal jika dibandingkan dengan Toyota dalam segmen yang sama.

Malangnya, seramai 30% belia di Malaysia dikategorikan muflis akibat hutang kereta. Ia adalah berdasarkan hasil tinjauan Pusat Pengajian Tinggi UCSI.

UCSI juga mendapati seramai 73% daripada 1,077 rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 40 tahun dibebani hutang.

Perlu diketahui bahawa dengan mengambil komitmen hutang kereta yang tinggi akan menjejaskan skor kredit CCRIS. Yang akan mengakibatkan kesukaran untuk membuat pinjaman membeli rumah.

Gaji RM4K Belum Mampu Beli Honda?

Jika anda membaca buku kewangan, istilah “mampu beli” bermaksud kita boleh membeli sesuatu barang tanpa berhutang. Atau dalam kata lain, beli dengan bayar tunai, cash!

Jika perlu hutang, bermaksud kita masih belum mampu membelinya. Kita perlu kumpul duit dulu sehingga mampu, kemudian barulah beli. Bak kata-kata orang dulu-dulu, “mampu dulu baru beli.”

Namun, pakar kewangan meletakkan had dalam berhutang membeli kereta. Iaitu, kadar hutang monthly installment mestilah di bawah 15% daripada gaji bulanan.

Jika gaji RM4,000 sebulan, pastikan bayaran installment bulanan loan kereta tidak lebih RM600 sebulan. Supaya kita tidak rasa di bebani hutang dan mempunyai fleksibiliti kewangan.

Pastikan installment bulanan loan kereta Honda yang hendak dibeli di bawah kadar RM600 sebulan.

Malangnya, tidak terdapat kereta Honda baru yang mempunyai kadar monthly installment kurang daripada RM600 ke bawah.

Menunjukkan, gaji RM4,000 masih belum mampu untuk membeli dan pakai kereta Honda. Tidak perlu kecewa, kerana masih ada pilihan kereta Honda terpakai (used car).

Gaji RM4,000 lebih sesuai membeli kereta Perodua Bezza, Myvi, atau Axia baru. Rata-rata mempunyai varian yang kadar bayaran installment bulanan kurang daripada RM600 sebulan.

Perlu di ingatkan, bahawa berkereta bukan saja perlu bayar kadar pinjaman bulanan, malah perlu kos penggunaannya seperti, bahan bakar (fuel), kos parkir, insuran, penyelenggaraan dan lain-lain.

Mampu beli kereta belum tentu mampu bela atau mampu pakai. Mampu bayar loan bulanan kereta belum tentu mampu bayar kos selenggara (maintenance).

honda

Kesimpulannya, kita tidak perlu terlebih belanja hanya untuk nampak bergaya dengan kereta. Kenderaan hanya membawa kita dari poin A ke poin B. Ia sekadar mengatasi jarak dua tempat.

Menyedihkan, apabila ramai rakyat Malaysia terjerat beban hutang dan muflis. Mereka bergaji B40 tetapi mengikut nafsu mahu bergaya hidup ala-ala T20.

Ubat Nafsu Boros Dengan Menabung Emas

FREE!>Klik Official Website

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
9 April 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments