Perang Dagang AS-China Merosak Ekonomi. Apa Perlu Kita Buat?

Perang dagang yang semakin keruh sejak pentadbiran Trump menggangu kestabilan ekonomi di peringkat global.

Ia bukan saja menggangu kestabilan ekonomi, malah memberi tekanan kepada saham perbankan. Sebagaimana yang ditulis dalam artikel BHonline.

Jika keadaan berterusan, tidak mustahil akan berlaku kegawatan ekonomi. Seperti mana yang pernah melanda negara-negara Asia Tenggara ketika Krisis Ekonomi Asia tahun 1997 yang lalu.

Ketidak-stabilan ekonomi bukan saja menjejaskan ekonomi negara malah rakyatnya termasuk di peringkat individu.

Kesan Perang Dagang

Salah satu kegawatan ekonomi yang paling teruk pernah berlaku pada tahun 1920-an. “The Great Depression” telah meruntuhkan ekonomi banyak negara, termasuklah Amerika Syarikat (AS).

Yang terbaru, negara AS mengalami kegawatan ekonomi di antara tahun 2000 ke tahun 2009. Ketika itu, ramai golongan ‘Millionaires Next Door‘ jatuh bankrap.

Pada tahun 2002: Dot-com Crash, berlaku keruntuhan pasaran saham. Pada tahun 2007: Subprime Crash, berpunca daripada housing mortgage bubble.

Pada tahun 2008: Big Bank Crash, bank tertua di AS, Lehman Brothers telah di failkan bangkrap. Semua duit simpanan rakyat dalam bank telah ‘hilang‘.

Namun, terdapat golongan yang bertambah kaya ketika kegawatan ekonomi. Kerana mereka bertindak membeli aset-aset tertentu sebagai perlindungan daripada ketidak-tentuan ekonomi.

Pakar kewangan yang terkenal di dunia, Robert T. Kiyosaki dengan quotenya “Savers Are Losers.” Golongan yang menyimpan duit kertas akan tewas setiap kali kegawatan ekonomi.

Berdasarkan pengalaman beliau mengharungi beberapa siri kegawatan ekonomi, 2 cara untuk selamatkan diri kita daripada krisis ekonomi.

1- Tukar Mindset: Peluang Di Sebalik Krisis

Pesan Kiyosaki, setiap kali berlaku apa-apa krisis termasuk Covid-19, sentiasa berfikiran positif. Pastikan kita berada di dalam persekitaran yang positif.

Jauhkan diri kita daripada golongan yang mengalami depresi. Anggaplah bahawa pasti ada peluang di sebalik krisis yang berlaku. Kemudian, disusuli dengan tindakan. Bukan sekadar menunggu bantuan.

2- Kumpul Emas/Perak

Ketika krisis, tidak ada aset kewangan yang akan selamat daripada bencana kejatuhan kecuali emas fizikal. Emas/perak merupakan aset pelindung daripada apa-apa bentuk krisis yang berlaku dalam sejarah.

Bloomberg juga bersetuju bahawa emas selalunya baik semasa kegawatan ekonomi. Dalam kata lain, hanya aset emas saja yang meningkat di kala keruntuhan aset-aset kewangan yang lain.

Tukarkan sebahagian besar daripada aset-aset kewangan seperti simpanan wang kertas di bank, pelaburan institusi pelaburan, saham, ke dalam bentuk emas fizikal buat sementara waktu.

perang dagang

Dan pastikan emas/perak fizikal, bukannya emas kertas ‘paper gold‘ seperti saham emas, ETF, akaun emas bank. Semua aset kertas pasti merosot ketika krisis ekonomi.

Namun, harga emas semakin mahal. Tidak semua orang mampu beli. Maka, perak (silver) menjadi alternatif mudah.

Perlu Bimbingan Simpan Emas/Perak Bajet Rendah?

FREE Ebook>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
16 April 2025                                                                                    

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments