‘Melayu Tiada Duit’ Dakwa O’Reilly. Melayu Simpan Emas.

‘Melayu tiada duit’ seperti mana yang di ungkapkan oleh seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly. Ketika lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

O’Reilly mempersoalkan lawatan Presiden China, Xi ke Malaysia hanyalah sia-sia. Malah turut memperlekehkan lawatan Xi ke Asia Tenggara termasuk Kemboja dan Vietnam.

Satu klip video yang viral di sosial media. Katanya, “Hei Presiden Xi, biar saya berterus terang, mereka (Vietnam, Malaysia, Kemboja) tidak ada wang. Mereka tak boleh membantu China dan mereka tak akan membeli barangan China sebab mereka tidak ada wang.”

Ungkapannya yang paling menimbulkan reaksi netizen apabila katanya, “Melayu tidak akan membeli barang kamu sebab mereka tiada wang.”

Ulasan O’Reilly itu hanya kerana perang dagang yang berlaku di antara Amerika Syarikat dan China yang semakin memuncak. Susulan Presiden AS, Trump mengenakan tariff cecah 145% terhadap China.

Melayu Tiada Duit?

Istilah Melayu merujuk kepada etnik yang besar. Ia bukan saja merujuk kepada suku kaum melayu Malaysia. Malah termasuk etnik Melayu Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand, dan lain-lain.

Istilah Alam Melayu merujuk kepada Asia Tenggara Maritim. Istilah Kepulauan Melayu terletak di antara Indo-China dan Australia. Kepulauan luas didakwa tiada duit oleh O’Reilly. Jahil!

Menurut Naib Ketua Pemuda Amanah, Faris Arriffin menegaskan bahawa ASEAN telah mencatatkan perdagangan RM3.43 trilion (AS$722 bilion) dengan China pada tahun 2022. Menjadikan rakan dagang terbesar China melebihi Kesatuan Eropah (EU).

Kedua, pelaburan; ikuti wangnya. Pelaburan langsung asing (FDI) China ke ASEAN mendecah RM73.15 bilion (AS$15.4 bilion) pada 2022, hampir dua kali ganda berbanding 2019.

Ketiga, pembuatan; kami membuat mesin yang menyokong mesej. Vietnam sahaja mengimport lebih RM213.75 bilion (AS$45 bilion) elektronik dari China, bukan untuk dimakan, tetapi untuk diubah dan dieksport.

Harta Dalam Bentuk Emas 

Emas sangat sinonim dikalangan orang Melayu sejak nenek moyang lagi. Kebanyakan harta pusaka yang diwariskan kepada generasi muda dalam bentuk emas dan hartanah.

Jarang sekali kita mendengar orang dulu-dulu mewariskan harta dalam bentuk duit kertas. Mungkin sebab duit kertas terdedah risiko inflasi yang menghakis nilai kekayaan sesebuah keluarga.

melayu emas

Sejak tahun 1971, duit kertas telah diputuskan hubungannya dengan emas. Sejak itu, duit boleh dicetak sewenang-wenangnya tanpa sandaran nilai emas. Itulah punca inflasi yang menghakis nilai duit.

Mengumpul kekayaan dalam bentuk wang kertas tidak akan menambah nilai kekayaan. Malah, menambah kemiskinan akibat nilai duit yang sentiasa dihakis inflasi ditelan waktu.

Dengan menyimpan duit, duit kita akan bertambah banyak. Tetapi, nilai kekayaan menurun akibat inflasi dalam jangka masa panjang.

Oleh sebab itu, lebih sinonim kita mendengar orang dulu-dulu simpan kekayaan dalam bentuk emas dan hartanah. Kerana kedua-dua aset tersebut semakin meningkat nilainya berbanding duit kertas.

Emas dan hartanah tidak boleh di hakis inflasi. Sebabnya, ia tidak boleh dicetak seperti duit kertas. Oleh sebab itu, emas dan hartanah sentiasa memegang nilainya dan meningkat dalam jangka masa panjang.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet Rendah?

FREE>Klik Official Website

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
30 April 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments