Duit Raya Anak, Simpan Dalam ASB, TH, Atau Emas Lebih Baik?

Duit raya anak-anak jika di simpan oleh ibubapanya untuk masa depan, menunjukkan IQ kewangan tinggi. Beruntung bagi anak-anak yang mempunyai ibubapa yang memikirkan masa depan anak-anak lagi celik kewangan

Tabiat menyimpan atau menabung adalah sangat baik. Tidak kisahlah menabung di mana-mana platform pun. Sesungguhnya, tabiat menyimpan merupakan tabiat kewangan yang betul.

Penting sangatkah menabung untuk masa depan anak-anak? Sangat penting! Biasanya, menabung duit untuk anak-anak adalah sebagai dana pendidikan masuk ke universiti nanti.

Beruntunglah bagi anak-anak yang mempunyai ibubapa yang menabung duit sejak anak masih kecil lagi. Supaya anak-anak tidak perlu menanggung hutang pendidikan yang semakin hari semakin tinggi.

Persoalannya, menabung di platform mana lebih baik? Sekali lagi ditegaskan bahawa tabiat menabung adalah tabiat yang bijaksana. Tidak kisahlah di mana-mana platform pun.

Duit Raya Simpan Di Mana Lebih Baik?

Semua platform yang disebutkan sama ada ASB, bank simpanan, Tabung Haji, atau emas merupakan platform yang baik untuk menabung duit.

Cuma perlu diketahui bahawa menabung duit anak-anak merupakan perjalanan jangka masa panjang. Jika kita mula menabung sejak anak lahir sehingga usia tingkatan 5, tempohnya 17 tahun.

Kita perlu pastikan menabung duit dalam tempoh 17 tahun mendapat keuntungan lebih 10% setahun. Supaya duit tabungan anak-anak kita tidak dihakis nilainya oleh inflasi.

Jika kita menabung di dalam platform yang menawarkan dividen atau keuntungan di bawah 10%, maka duit simpanan tersebut mungkin tidak mencukupi untuk dana pendidikan di masa depan.

Contohnya, jika kita menabung RM300 sebulan untuk anak-anak selama 17 tahun, genap 18 tahun simpanan terkumpul berjumlah RM61,200.

Katakan RM61,200 pada hari ini mencukupi untuk membayar kos pendidikan universiti. Kita perlu ingat bahawa kos pendidikan universiti pada 17 tahun akan datang akan meningkat atau lebih mahal.

Berkemungkinan simpanan RM61,200 pada 17 tahun akan datang tidak lagi mencukupi untuk membayar kos pendidikan universiti yang semakin mahal di masa depan.

Ketika saya belajar di jurusan Kejuruteraan Pesawat dulu (tahun 2017), kos pendidikan sekitar RM60,000. Pada hari ini (tahun 2025), kos jurusan tersebut telah meningkat kepada RM130,000. Kos naik lebih dua kali ganda!

Oleh sebab itu, kita perlu menyimpan duit anak-anak dalam platform yang menawarkan dividen atau keuntungan melebihi 10% setahun. Supaya usaha kita menyimpan duit tidak sia-sia dan mencapai matlamat.

Sejak tahun 2024, purata kenaikan harga emas adalah sekitar 20% setahun. Menandakan, menyimpan emas merupakan platform terbaik untuk tabungan masa depan anak-anak.

Berdasarkan keuntungan 20% setahun, kadar kenaikan harga emas selama 17 tahun dijangka sekitar 340%. Mungkin, matlamat kita bakal tercapai. Atau, mungkin melebihi daripada matlamat asal. Inshallah.

Kita boleh merujuk sejarah harga emas sejak 20 tahun yang lalu di website yang paling dipercayai di seluruh dunia, Goldprice.org

Perlu Bimbingan Menabung Emas Untuk Anak-Anak?

FREE>Klik Official Website

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
2 April 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments