Menabung Duit Atau Menabung Emas? Cara Kira Net Worth.

Menabung duit merupakan tabiat kewangan yang wajib ada pada setiap orang. Namun, bagaimana pula dengan menabung emas?

Sama ada menabung duit atau emas, kedua-duanya merupakan tabiat kewangan yang sangat baik. Asalkan menabung atau menyimpan, adalah jauh lebih baik daripada boros berbelanja.

Topik menyimpan ini sangat mudah untuk difahami dan dilakukan. Namun, menurut sumber World of Buzz, seramai 72.88% lelaki di Malaysia dikategorikan bangkrap (Statistik dari tahun 2020-Disember 2024).

Dikategorikan bankrap bermaksud kadar hutang mereka lebih tinggi daripada duit atau aset yang mereka simpan. Dalam kata lain, kadar hutang mereka lebih tinggi daripada aset simpanan.

Aset Simpanan – Kadar Hutang = Net Worth

Formula Kekayaan

Menurut formula net worth, jika nilai aset simpanan lebih tinggi daripada hutang, hasilnya nombor positif. Maka, seseorang itu dikatakan mempunyai kekayaan.

Sebaliknya, apabila nilai aset lebih rendah daripada kadar hutang, hasilnya nombor negatif. Maka, seseorang itu dikatakan telah bangkrap.

Apabila kita faham tentang Net Worth, maka kita akan sedar bahawa pentingnya amalan menyimpan. Barulah saya boleh huraikan secara ringkas, perbezaan menabung duit dan emas.

Menabung Duit

Duit boleh disimpan di dalam tabung di rumah, bank, ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Ia merupakan tabiat kewangan asas yang wajib dipupuk dalam diri kita.

Sungguhpun menyimpan duit itu amalan yang sangat bagus, sayangnya nilai matawang bukan sentiasa stabil dari tahun ke tahun. Termasuklah matawang ringgit.

Ringgit atau mana-mana duit kertas di dunia ini pasti akan dihakis nilainya oleh inflasi. Maka, semakin lama kita menyimpan duit, semakin jatuh dan semakin kecil kuasa beli duit tersebut.

Inflasi akan menghakis nilai dan kuasa beli duit simpanan kita di rumah, di bank atau di mana saja. Asalkan duit kertas, ia pasti dihakis nilainya oleh infasi dan tidak boleh dielakkan.

Inflasi berlaku disebabkan duit kertas merupakan kertas yang boleh dicetak. Selagi duit kertas dicetak, selagi itu inflasi akan menghakis nilai duit simpanan kita tanpa henti.

Contoh fenomena inflasi, zaman sekolah dulu, duit poket RM1 cukup untuk membeli nasi lemak, air minuman, dan gula-gula. RM1 sudah cukup kenyang di sekolah.

Zaman sekarang, cukupkah RM1 sebagai duit poket untuk anak-anak kita ke sekolah? Sudah tentu anak-anak kita kelaparan di sekolah. RM1 sekarang tidak lagi cukup sebagai duit poket sekolah.

Ia menunjukkan kuasa beli RM1 sangat kuat pada zaman sekolah dulu. Kini, kuasa beli RM1 sangat lemah. Sehingga tidak lagi mampu membeli nasi lemak dan air minuman. Begitulah kesan inflasi.

Apabila duit dalam tabung sudah banyak, kita pula bernafsu untuk membelanjakan duit simpanan tersebut. Kesan emosi menjadikan kita jadi boros!

Menyimpan Emas

Menurut pakar kewangan, emas lebih sesuai dijadikan simpanan jangka panjang. Kerana, emas merupakan aset yang tidak pernah dan tidak akan dihakis nilainya oleh inflasi.

Emas tidak akan dihakis nilai oleh inflasi, sebab emas tidak boleh dicetak seperti duit kertas. Harga emas boleh turun naik, namun ia hanya permainan geopolitik dunia yang bersifat sementara.

Dalam jangka masa panjang, harga emas sentiasa naik. Cuba kita tanya orang dulu-dulu tentang emas. Tentu mereka katakan, “emas dulu murah, sekarang mahal.”

Jika kita jadikan emas sebagai simpanan aset keluarga, ia jauh lebih baik. Tambahan, harga emas pula sentiasa naik dalam jangka masa panjang.

Nilai duit kertas bergantung pada kerajaan yang memerintah. Manakala, nilai emas berdiri sendiri tanpa bergantung pada apa-apa atau mana-mana pihak sekalipun.

Apabila simpanan emas sudah banyak, kita akan jadi sayang untuk menjual dan membelanjakannya. Kesan emosi pada emas, mampu mengelakkan kita daripada nafsu boros.

Menyimpan emas bukan saja melindungi kekayaan kita daripada dihakis inflasi, malah meningkatkan kekayaan kita dalam jangka masa panjang. Inshallah.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

FREE>Klik Untuk Daftar Percuma

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
19 Februari 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments