Masih Berbaloi? Melabur Emas Yang Sedang Naik

Masih berbaloikah melabur emas sekarang? Ketika harga emas mencatatkan kenaikan yang mencecah paras tertinggi setakat ini.

Selagi berlaku ketidak-stabilan geopolitik dunia, selagi itu harga emas akan terus mendaki tanpa had. Tidak ada faktor-faktor yang boleh menahan daripada kenaikan harga emas setakat ini.

Kenaikan harga emas bukan sekadar bergantung pada ketegangan perang dagang (trade-war) yang dilancarkan oleh Donald Trump.

Malah, penubuhan BRICS, pergolakan Gaza, dan isu-isu geopolitik lain turut memberi impak pada kenaikan harga emas dunia.

Selain itu, selagi duit kertas masih dicetak dan inflasi berlaku, selagi itu harga emas masih akan naik tanpa had. Seperti kita ketahui, kenaikan inflasi wang merupakan faktor utama kenaikan harga emas dunia.

Bilakah Masa Terbaik Melabur Emas?

Menurut pakar, “masa terbaik melabur emas ialah pada 20 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik melabur emas ialah sekarang!”

Sudah tentu masa terbaik adalah pada 20 tahun yang lalu. Harga emas pada tahun 2,005 hanya sekitar RM30 segram. Berbanding dengan harga emas hari ini sekitar RM453 segram.

Sungguhpun harga emas sekarang dikatakan mahal, sekarang adalah masa kedua terbaik untuk melabur emas. Sebabnya, harga emas masih meningkat dengan rancak.

Tidak ada pakar pelaburan yang berani meletakkan harga syiling bagi emas. Kerana, hampir setiap tahun harga emas memecahkan rekod tertinggi sejak pandemik covid-19 tempoh hari.

Bermaksud, kita masih belum terlepas peluang untuk menjana keuntungan dengan pelaburan emas. Seandainya, jika kita baru bermula melabur emas pada hari ini atau sekarang.

Saya tertarik dengan pendapat pakar emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim tentang pelaburan emas. Katanya, “beli dulu dan tunggu harga emas naik.

Pendapat tersebut sangat praktikal bagi pelaburan emas. Seperti pelaburan lain, kita selalu menggunakan prinsip buy low sell high.

Prinsip buy low sell high juga betul bagi pelaburan emas. Akan tetapi, jika kita asyik menunggu harga emas betul-betul turun sehingga paras terendah, sudah pasti kita tidak akan menemuinya waktunya.

Sebabnya, harga emas sentiasa mencatatkan kenaikan sepanjang tahun. Walaupun harga emas turun naik, namun kekerapan kenaikan harga jauh lebih kerap berbanding penurunan.

Sungguhpun kita menemui waktu harga emas turun, ia hanyalah bersifat sementara dan sebentar saja. Kemudian, harga emas akan meningkat semula. Mungkin ketika itu, kita pula kehabisan wang.

Prinsip yang paling praktikal bagi pelaburan emas ialah beli dulu dan tunggu harga emas naik.

Perlu Bimbingan Melabur Emas Bajet Rendah?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
12 Februari 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments