Tunggu Emas Cecah RM500 segram, Baru Melabur?

Tunggu emas naik tanpa tindakan adalah penantian yang sia-sia. Tidak ada gunanya menunggu harga emas naik, jika segram emas pun tidak ada dalam simpanan.

Beberapa hari lepas, emas mencatatkan kenaikan mendadak daripada RM420 kepada RM440 segram. Iaitu kenaikan sebanyak RM20 segram dalam tempoh 7 hari saja. Ini perkara luar biasa!

Biasanya, kenaikan harga emas hanya sekitar RM2 hingga RM7 segram dalam tempoh seminggu. Kenaikan RM20 segram dalam seminggu adalah sangat besar dan luar biasa.

Kenaikan emas mendadak tersebut berpunca daripada ketegangan geopolitik dunia. Di mana, Presiden Trump telah menangguhkan ancaman tariff ke atas Canada dan Mexico selama 30 hari.

Permintaan tinggi daripada bank pusat juga mendorong kenaikan harga emas secara berterusan. Emas bertindak sebagai pelindung daripada ketidak-tentuan ekonomi bagi bank pusat di seluruh dunia.

tunggu emas naik

Menurut sumber Goldprice.org, harga emas dicatatkan telah meningkat sebanyak 701% dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Iaitu purata kenaikan emas sekitar 35% setahun.

Menunjukkan, keuntungan pelaburan emas setahun lebih tinggi. Berbanding dengan dividen pelaburan bagi kebanyakan institusi pelaburan di Malaysia termasuk dividen ASB dan Tabung Haji.

Bilakah Masa Terbaik Melabur emas?

Menurut mentor wang Azizi Ali, masa terbaik melabur emas ialah pada 20 tahun yang lalu. Masa kedua terbaik ialah melabur sekarang.

Jika kita asyik menunggu, simpanan emas tidak akan bertambah selagi tidak ada tindakan. Mungkin kita terlepas peluang membeli emas pada harga yang terbaik.

Mulakan simpanan emas sedikit demi sedikit atau 1 gram 1 bulan. Jauh lebih baik daripada sekadar menunggu harga yang kita sangka terbaik.

Dengan konsisten menabung emas setiap bulan, kita dapati simpanan emas bertambah dari masa ke semasa. Secara tidak sedar, kekayaan sentiasa bertambah dengan kenaikan harga emas.

Prestasi kenaikan harga emas tidak perlu dipersoalkan lagi. Ia cuma persoalan masa. Lama-kelamaan harga emas pasti akan naik juga.

Lihatlah orang dulu-dulu menyimpan kekayaan dalam bentuk emas dan hartanah. Mereka sering katakan, bahawa harga emas zaman dulu murah. Berbanding harga emas sekarang yang dikatakan mahal bagi mereka.

Jarang sekali kita mendengar orang dulu-dulu menyimpan kekayaan dalam bentuk duit kertas. Mereka lebih gemar menyimpan harta kekayaan dalam bentuk aset fizikal seperti emas dan hartanah.

Tunggu harga emas turun hanyalah tindakan yang membuang masa. Pergerakkan harga emas sukar dijangka di zaman sekarang. Akibat pergolakkan geopolitik dunia kini yang tidak menentu.

Adalah lebih baik terus konsisten menabung emas sedikit demi sedikit. Daripada sekadar menunggu harga turun tanpa sebarang usaha, yang akhirnya tidak akan menambah kekayaan kita.

Umpama pungguk rindukan bulan purnama. Yang tidak akan kunjung tiba.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Serendah RM100?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
5 Februari 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments