Jongkong emas biasanya berbentuk segi empat tepat. Ukurannya boleh berbeza bergantung pada berat. Kini, jongkong boleh didapati sekecil 0.5gram sehingga 1,000 gram, atau sekilo gram.
Kebanyakan jongkong emas yang beredar di Malaysia, mempunyai ketulenan emas 999.9 atau 24K. Ketulenan emas yang tinggi sangat sesuai untuk pelaburan atau penyimpan nilai kekayaan.
Dinar emas berbentuk bulat seperti duit syiling. Saiznya juga pelbagai bergantung pada berat. Akan tetapi, terdapat standard tertentu bagi berat sekeping syiling dinar.
Standard berat yang digunakan seperti 1 dinar bersamaan dengan 4.25gram. Ini adalah standard berat bagi syiling dinar yang telah ditentukan sejak zaman Rasulullah dulu.
Di Malaysia, syiling dinar boleh didapati dalam variasi tertentu. Seperti suku dinar yang beratnya 2.125 gram, 5 dinar yang beratnya 21.25gram, dan 10 dinar yang beratnya 42.5gram.
Berbeza dengan jongkong, dinar pernah menjadi duit atau matawang kerajaan kuno. Sejak zaman Byzantine sehingga zaman kerajaan Islam.
BACA LAGI: Kisah Dinar Dirham, Matawang Islam Bangkit
Syiling dinar emas merupakan duit atau matawang bagi masyarakat zaman dulu. Oleh sebab itu, terdapat standard berat tertentu untuk membentuk syiling dinar emas.
Ketulenan syiling dinar yang terdapat di Malaysia kebanyakannya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Namun, pada zaman kuno dulu, terdapat 2 variasi ketulenan iaitu dinar 999/24K dan dinar 916/22K.
Kini, syiling dinar emas berketulenan 916 atau 22K tidak lagi mendapat permintaan tinggi. Maka, pengeluarannya telah dihentikan.
Sebab syiling dinar emas tidak lagi digunakan sebagai matawang di zaman sekarang. Syiling dinar emas lebih digunakan untuk tujuan pelaburan atau simpanan aset kekayaan.
Barang kemas tidak perlu diperkenalkan lagi. Kebanyakan masyarakat kita melihat emas hanya sebagai barang perhiasan. Atau lebih sering dipanggil barang kemas. Seperti gelang, cincin, rantai dan sebagainya.
Barang kemas tidak semestinya merujuk pada emas saja. Terdapat juga barang kemas yang diperbuat daripada perak (silver), suasa, gangsa, berlian dan lain-lain.
Jongkong, Dinar, Barang Kemas Lebih Untung?
Perlu difahami bahawa bukan semua bentuk emas merupakan pelaburan. Sesetengah berpendapat bahawa asalkan emas maka ia pasti untung. Pendapat tersebut ternyata tidak tepat.
Hanya jongkong dan dinar emas yang boleh dikatakan sebagai pelaburan. Sebabnya, ketulenan yang digunakan lebih tinggi. Iaitu gred 999.9 atau 24 karat.
Kadar spread bagi jongkong dan dinar juga lebih rendah berbanding barang kemas. Kadar spread yang nipis sangat penting bagi menentukan keuntungan.
Jenama atau syarikat pengeluar emas juga sangat penting bagi menentukan keuntungan. Terdapat jenama atau syarikat emas yang menjual emas pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran semasa.
BACA LAGI: Goldbar VS Dinar, Yang Mana Paling Berbaloi?
Menunjukkan kita bakal mengalami kerugian ketika membeli emas jenama atau keluaran syarikat tersebut.
Kesimpulannya, barang kemas bukannya pelaburan yang menguntungkan. Barang kemas lebih sesuai sebagai perhiasan.
Jongkong dan dinar sangat sesuai sebagai pelaburan atau simpanan aset kekayaan. Bergantung pada kadar spread yang rendah dan jenama syarikat emas yang jual mengikut harga emas semasa.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
19 November 2024