Trump telah diumumkan memenangi pilihan raya di Amerika Syarikat tahun 2024. Sekaligus menjadi presiden Amerika yang ke-47.
Bagi Trump, ini adalah kali kedua beliau dilantik untuk memegang jawatan sebagai presiden AS. Setelah mengalahkan pencabarnya dari parti demokrat, Kamala Harris.
Sebaik saja Trump memenangi pilihan raya, harga emas dicatatkan menurun. Dan aset-aset lain seperti dolar AS dan stock telah meningkat.
Harga emas telah menurun sekitar 3% setelah rancak meningkat beberapa minggu yang lalu.
Peningkatan harga emas dipandu oleh pembelian emas dari bank pusat, ketegangan geopolitik, dan pemotongan kadar faedah.
Namun, peningkatan tersebut terhenti setelah Trump menang pilihan raya. Matawang dolar bertambah kuat. Emas yang berkadar songsang dengan nilai dolar pula mengalami penurunan.
Pelabur-pelabur mula memindahkan aset mereka kepada dolar dan stock yang dilihat semakin lumayan dan menguntungkan.
Emas dijangka semakin menurun dengan khabar angin yang tersebar. Di mana Trump bakal memberikan pekerjaan kepada peguam Washington, Robert Lighthizer sebagai US Trade Representative.
Walaupun khabar angin tersebut telah di nafikan oleh artikel Reuters, khabar angin tersebut tetap masih tersebar. Lalu, merendahkan lagi harga emas semasa.
Apa Perlu Buat?
Ketika ini merupakan peluang terbaik untuk menambah simpanan emas. Masa terbaik untuk beli emas ialah sekarang. Iaitu harga emas sedang turun.
Sejak beberapa bulan lalu, harga emas telah naik dengan rancak. Kita terpaksa membeli emas pada harga yang tinggi.
Dengan pilihan raya kali ini, harga emas tidak seperti yang dijangka seperti pilihan raya AS yang lalu, Di mana, harga emas melonjak dengan lebih tinggi pada pilihan raya AS lalu.
BACA LAGI: Negara BRICS Berlumba-Lumba Kumpul Rizab Emas. Apa Sebab?
Kali ini, realiti yang berlaku adalah bertentangan daripada jangkaan awal. Menjadikan ia peluang terbaik membeli emas pada harga diskaun.
Harga emas sememangnya ada turun naik. Biasanya, penurunan bersifat sementara saja. Setelah khabar angin reda, maka harga emas akan naik semula.
Jarang sekali berlaku harga emas turun dalam tempoh yang lama dalam sejarah. Anda boleh rujuk sejarah harga emas di website goldprice.org.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
12 November 2024