Langsai hutang memang banyak kaedah dan caranya. Bezanya, sama ada hutang boleh dilangsaikan dengan cepat atau lambat.
Sebagaimana yang kita tahu, semakin lambat kita melangsaikan hutang, maka semakin mahal jumlah yang kita perlu bayar. Disebabkan kadar bunga (interest rate) yang dikenakan bank.
Jika kita melangsaikan hutang dengan cepat, maka kita bakal mendapat penjimatan yang banyak. Dan kita merasa seronok apabila sudah terlepas daripada beban hutang dengan cepat.
Cara Cikgu Langsai Hutang
Seorang cikgu berkongsi cara langsaikan hutang di Facebook. Cikgu yang bernama Cikgu Norfaiezah Mamat, dedahkan kejayaannya melangsaikan hutang peribadi (personal loan).
Beliau berjaya melangsaikan hutang peribadinya yang berbaki RM101,783 pada tarikh 22 Oktober 2024 lalu.
Setelah hutang habis dibayar, pada hari gaji bulan Oktober seterusnya, beliau tidak lagi perlu bayar loan bulanan sebanyak RM1,764.53 kepada bank.
Kemudian, Cikgu Norfaiezah lega dan bernekad supaya tidak lagi personal loan dan hutang lain dalam hidupnya.
Beliau berkongsi rahsianya, iaitu kegilaannya membeli emas ternyata berbaloi. Kenaikan harga emas yang mendadak pada bulan Oktober 2024, membuatkan beliau nekad menjual hampir kesemua emasnya untuk melangsaikan hutangnya.
Testimoni Langsai Personal Loan
Seorang wanita bernama Puan Mezah Janaim, pernah membuat hutang peribadi sebanyak RM100,000 dengan Bank Rakyat.
Suatu ketika, beliau tergerak hati untuk menelefon bank untuk menanyakan baki hutang peribadinya. Menurut bank, bakinya sebanyak RM18,770.70 yang perlu dibayar.
Menurut bank juga, kalau bayar full settlement pada hari tersebut, hanya perlu bayar RM6,700.00. Penjimatan sebanyak RM12,077.70. Jimat banyak!
BACA LAGI: Lelaki Muda Langsai Hutang Rumah Sejak Menabung Emas
Beliau tidak membuang masa, lalu melangsaikan hutangnya pada hari itu juga. Dengan menjual goldbar 10 gram miliknya, beliau berjaya membuat full settlement pada hari yang sama.
Berkat kesabaran menyimpan atau menabung emas sedikit demi sedikit secara konsisten, mereka berjaya melangsaikan hutang dengan cepat.
Banyak penjimatan kita bakal perolehi jika membayar hutang dengan cepat. Bukan saja jimat duit, malah jimat masa.
BACA LAGI: Menabung Duit Atau Menabung Emas? Cara Kira Net Worth
Berdasarkan goldprice.org, purata kenaikan harga emas setahun sekitar 32%. Jika kita menyimpan emas berharga RM10,000 hari ni, kenaikan harga setahun dijangka sekitar RM13,200. Lebih tinggi daripada dividen ASB.
Kenaikan harga emas yang konsisten setiap tahun, membolehkan kita melangsaikan hutang dengan cepat. Insyallah.
Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?
>FREE Download Ebook Di Sini<
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
26 Februari 2025