Dividen KWSP 6.30%, ASB 5.75%, TH 3.10%, Emas 22.9%

Dividen KWSP telah di umumkan sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional, dan 6.30% juga bagi Simpanan Shariah bagi tahun 2024.

Ia adalah berita baik bagi pencarum-pencarum, apabila kadar dividen KWSP bagi tahun 2024 di umumkan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2023, dividen yang ditawarkan hanya sebanyak 5.50% bagi Simpanan Konvensional. Manakala, sebanyak 5.40% bagi Simpanan Shariah.

Dividen ASB

Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) juga dilaporkan meningkat bagi tahun 2024, iaitu sebanyak 5.75%.

Berbanding dengan kadar dividen pada tahun sebelumnya, tahun 2023 hanya sebanyak 5.25%. Kenaikan sebanyak 0.5% bagi tahun 2024.

Walaupun kenaikan dividen yang kecil iaitu sebanyak 0.5%, namun ia tetap menggembirakan pelabur-pelabur tegar ASB.

DIVIDEN KWSP

Jika dibandingkan dengan kadar dividen ASB bagi tahun 2022 yang mengecewakan. Iaitu kadar dividen sebanyak 4.60% saja.

Rumusan dividen ASB dalam tempoh 3 tahun, dari tahun 2022 (4.60%), kadar dividen naik sebanyak 0.65% kepada 5.25% bagi dividen tahun 2023. Dari tahun 2023 (5.25%), kadar dividen naik sebanyak 0.5% kepada 5.75% bagi tahun 2024.

Justeru, kita faham bahawa kenaikan dividen ASB dalam tempoh setahun tidak sampai 1% berbanding tahun sebelumnya. Secara jujurnya, agak mengecewakan.

Dividen TH (Tabung Haji)

Kadar dividen TH agak mengecewakan sejak tercetus skandal 1MDB suatu ketika dulu. Sejak itu, prestasi TH semakin lemah.

Dividen TH dijangka sekitar 3.1% hingga 3.5% bagi tahun 2024. Berdasarkan sejarah, kadar dividen kekal pada 3.10% bagi empat tahun berturut-turut, sejak tahun 2020 hingga tahun 2023.

Berbanding dengan kadar dividen pada tahun 2017, iaitu sebanyak 6.25%. Menunjukkan penurunan kadar dividen sekitar 50% bagi tahun 2023.

Namun, TH merupakan institusi kewangan yang wajib bagi setiap muslimin. Supaya boleh daftar haji, bagi mendapatkan giliran menunaikan ibadah haji.

Pelaburan Emas

Pelaburan emas tidak memberikan apa-apa dividen kepada pelabur. Keuntungan pelaburan emas berdasarkan kenaikan harga pasaran emas dunia.

Kenaikan harga emas bagi tahun 2024 sekitar 22.9%. Berbanding tahun sebelumnya, kenaikan harga emas sekitar 18% bagi tahun 2023.

Secara jujurnya, harga emas berlaku turun dan naik. Namun, dalam jangka masa panjang, harga emas sentiasa naik. Sejarah harga emas boleh dirujuk di goldprice.org.

Keuntungan bersih bagi pelaburan emas perlu ditolak dengan kadar spread bagi emas tersebut. Tolak kadar spread hanya apabila kita hendak menjual emas tersebut.

Selagi emas tidak jual semula, maka tidak perlu tolak kadar spread. Kadar spread emas berbeza mengikut jenama atau syarikat pengeluar emas tersebut.

Kesimpulannya, perbandingan pelaburan dividen dan pelaburan emas bukanlah perbandingan yang adil. Sebabnya, emas merupakan aset fizikal. Manakala, dividen merupakan aset kertas.

Risiko bagi keempat-empat pelaburan di atas sangat berbeza. Namun, ia sekadar panduan bagi kita untuk menjelaskan kadar keuntungan tahunan bagi pelaburan-pelaburan tersebut dalam peratusan.

Tidak semestinya perlu pilih satu jenis pelaburan saja. Tidak salah untuk melabur ke dalam semua institusi di tersebut. Tiada salahnya.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Serendah RM100?

FREE Ebook>Klik Official Web
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
5 Februari 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments