Prestasi Ringgit Lemah Berbanding Dolar Brunei. Kisah Benar!

Prestasi ringgit sentiasa lemah berbanding Dolar Brunei (BND) berdasarkan pengalaman saya yang sering berulang-alik dari Malaysia ke Brunei.

Sering kali matawang Ringgit dibandingkan dengan Dolar Singapura. Tapi, jarang sekali kita mendengar Ringgit dibandingkan dengan Dolar Brunei menurut pengalaman sebenar.

Mungkin sebab lebih ramai rakyat Malaysia yang berulang-alik atau bekerja di Singapura berbanding di Brunei. Maka, kita lebih terdedah atau mendengar pengalaman tentang Dolar Singapura.

Disebabkan saya sering kali berulang-alik ke Brunei dan hampir setiap tahun menyambut hari raya di Brunei Darussalam. Maka, saya kongsikan kisah benar prestasi matawang ringgit.

Seingat saya, semasa zaman sekolah dulu, ketika hendak berhari raya di Brunei, mestilah perlu menukar matawang ringgit kepada Dolar Brunei terlebih dahulu.

Ketika itu, jika matawang RM100 ditukar kepada matawang Dolar Brunei, boleh dapat sekitar 60 BND. Berdasarkan kadar pertukaran matawang ketika itu.

Apabila saya telah membesar dan memasuki universiti, seingat saya ketika itu jika ditukar RM100, boleh dapat sekitar 50 BND. Semakin kecil matawang BND yang boleh dibeli dengan RM100 yang sama.

Seterusnya apabila saya telah meningkat dewasa dan sudah bekerja, jika menukar RM100 boleh dapat sekitar 30 BND saja. Malah semakin kecil nilai matawang rakyat Malaysia.

Dengan matawang 60 BND, banyak barang runcit yang boleh dibeli sampai penuh satu troli pasaraya. Boleh dikatakan mewah berbelanja barang runcit dengan duit 60 BND.

Dengan penurunan kadar pertukaran kepada 30 BND saja, maka semakin berkurang barang yang boleh dibeli. Padahal, saya menukar dengan jumlah matawang RM100 yang sama.

Prestasi Ringgit Lemah

Pengalaman tersebut menunjukan nilai matawang kita sebagai orang Malaysia semakin lemah di Brunei. Dalam kata lain, kuasa beli rakyat Malaysia semakin lemah di Brunei.

Cuba anda bayangan, saya menyambut hari raya hampir setiap tahun ke Bandar Seri Begawan, Brunei. Saya terpaksa mengeluarkan duit lebih setiap kali menukar duit Brunei pada kadar yang sama.

Dulu, saya hanya perlu menukar RM100 untuk mendapatkan 60 BND. Tapi sekarang saya terpaksa mengeluarkan RM200 untuk mendapatkan 60 BND. Dengan kadar pertukaran RM100 : 30 BND.

Pengalaman tersebut mengajar saya bahawa nilai ringgit semakin lama semakin rendah. Tanpa disedari, kuasa beli duit kita semakin kecil. Semakin kurang barangan yang boleh dibeli.

Sehinggakan, saya rasa rugi untuk menyimpan atau menabung duit setiap bulan. Lama kelamaan, nilainya semakin jatuh juga.

Apa faedah menyimpan duit yang jatuh nilai? Ia sama sekali tidak akan menambah kekayaan, malah kemiskinan.

Setelah belajar daripada pengalaman tersebut, saya bertindak menukarkan simpanan ringgit kepada simpanan emas. Sebab nilai emas adalah seragam di seluruh dunia.

Harga emas ada turun naik. Namun, jika harga emas di Malaysia naik, begitu juga harga emas di Brunei atau di seluruh dunia turut naik. Kekayaan kita bakal meningkat secara seragam.

Bagi saya, menyimpan emas lebih adil berbanding simpan duit. Sebab, kita tidak boleh dimiskinkan dengan kejatuhan nilai kadar pertukaran matawang.

PERLU BIMBINGAN MENABUNG EMAS BAJET RM100?

FREE>JOIN TELEGRAM CHANNEL

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
12 Mac 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments