Emas dijangka bakal mencecah $4,000 seounce, akibat kebimbangan pelabur terhadap polisi ekonomi kerajaan Amerika Syarikat(AS).
Dalam persekitaran ekonomi yang membimbangkan, para pelabur mesti memegang emas sebagai perlindung aset yang sangat penting.
Dilaporkan oleh Kitco.com, baru-baru ini bank Perancis telah menyebarkan Strategi Multi-Aset Portfolio pada suku kedua untuk terus berada di posisi memegang emas.
Emas mengekalkan momentum yang kuat kesan reaksi perubahan polisi di bawah pentadbiran Amerika Syarikat yang baru.
Sungguhpun harga emas telah memecahkan rekod terbaru dengan mencapai $3,000 se-ounce, harganya dijangka bakal naik lebih tinggi.
Bank Perancis menjangkakan purata kenaikan emas sekitar $3,300 se-ounce di penghujung suku ke-empat tahun ini.
Harga Emas Dijangka Cecah $4,000
Penganalisa berkata bahawa kesan geopolitik yang tidak menentu akan terus menyokong emas sebagai matawang global yang penting. Keadaan tersebut bakal melonjakkan harga emas ke paras $4,000 se-ounce.
Akibat situasi geopolitik yang kekal tidak stabil, proses de-dolarasi yang berterusan, menyebabkan bank pusat seluruh dunia terus membeli emas.
Emas bukan sekadar pelaburan yang menguntungkan, malah sebagai pelindung kekayaan (wealth protection) daripada ketidak-tentuan geopolitik.
BACA LAGI: China & Russia Guna Matawang Emas Tewaskan Dolar
Penganalisa menjangkakan harga emas bakal tembus $4,000 se-ounce. Jika aset beku bernilai 210 billion Euro milik bank pusat Russian dirampas oleh AS untuk menyokong Ukraine.
Situasi tersebut akan mempercepatkan proses de-dolarisasi. Maka, bank pusat seluruh dunia bertindak menambah rizab emas sebagai insuran atau langkah keselamatan daripada sekatan ekonomi atau rampasan wang di bank.
Peluang Atau Kesan Buruk Pada Rakyat Malaysia
Kenaikan harga emas yang semakin tinggi bakal menyebabkan jumlah emas yang mampu dibeli oleh rakyat Malaysia semakin kecil.
Jika dulu sekitar RM1,400 mampu membeli goldbar 10gm, kini dengan RM1,400 hanya mampu membeli emas sekitar 2.9 gm saja. Jumlah emas yang mampu dibeli dengan bajet yang sama semakin kecil.
Namun, ia juga merupakan peluang pelaburan terbaik. Jika penganalisa menjangkakan kenaikan harga emas ke paras $4,000 se-ounce benar-benar berlaku di masa depan.

BACA LAGI: Astro Awani Rujuk Harga Emas Public Gold Yang Dipercayai
Hari ini, harga emas dunia berada pada rekod terbaik iaitu sekitar $3,000 se-ounce. Jika ramalan penganalisa adalah benar-benar cecah $4,000 se-ounce, maka keuntungan bakal diraih sebanyak $1,000 se-ounce. Keuntungan sekitar 33%.
Namun, strategi pelaburan emas berbeza dengan pelaburan lain yang mengamalkan buy low sell high. Strategi pelaburan emas yang tepat ialah “beli dulu, dan tunggu harga emas naik.”
Menurut Goldprice.org, harga emas telah naik sekitar 610% sejak 20 tahun yang lalu. Disamping itu, emas bukan saja pelaburan terbaik, malah pelindung kekayaan daripada ketidak-tentuan geopolitik dunia.
Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?
FREE>Klik Official Website
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
26 Mac 2025