Amerika Syarikat (AS) sebagaimana yang diketahui merupakan di antara negara yang mempunyai kuasa besar dunia. Sungguhpun begitu, realitinya AS tidak mengawal harga emas dunia.
Sering kali kita dengar harga emas dikaitkan dengan nilai dolar AS. Sebenarnya, dolar AS hanya sebagai matawang rujukan semata-mata. Dolar tidak mengawal harga emas.
Dolar mula di ikat dengan nilai emas pada tahun 1971. Ketika perjanjian Bretton Woods bagi membentuk sistem ekonomi antarabangsa yang baru ketika itu.
BACA LAGI: Trump Menang, Harga Emas Turun. Apakah Sebabnya?
Ketika itu, 1 ouns emas di ikat dengan $35 dolar AS. Bermaksud, harga bagi 1 ouns emas ketika itu hanyalah $35 dolar AS saja. Sangatlah murah!
Berbanding hari ini, 1 ouns emas bersamaan sekitar $3,291 dolar AS. Bermaksud, nilai dolar telah menurun sekitar 94 kali ganda. Boleh juga dikatakan, harga emas telah naik 94 kali ganda berbanding dolar.
Sejarah tersebut menunjukkan dolar AS atau Amerika Syarikat tidak mampu mengawal harga emas. Namun, mengapa harga emas boleh turun dan naik, siapa yang kawal?
Dolar Amerika Kuat, Harga Emas Turun
Disebabkan dolar AS merupakan matawang rujukan bagi harga emas dunia, maka ia saling dikaitkan. Mengapa harga emas tidak dikaitkan dengan ringgit? Sebab dolar lebih berkuasa.
Hubungan dolar dan harga emas dunia berkadar songsang. Dalam kata mudah, bila dolar kuat, harga emas akan turun. Sebaliknya, bila dolar lemah, maka harga emas akan naik.
BACA LAGI: Malaysia Sertai BRICS. Impak Pada Ringgit & Harga Emas Global
Menurut pakar emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim, terdapat beberapa faktor yang boleh menguatkan nilai dolar di pasaran global. Antaranya:-
- Data Pekerjaan Positif. Biasanya data tersebut akan mengurangkan peluang Federal Reserve (Feds) untuk menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat.
- Kadar Faedah Tinggi. Cenderung menguatkan Dolar AS dan memberi tekanan penurunan kepada harga emas.
- Sentimen Pelabur. Jika pelabur-pelabur lebih yakin terhadap keadaan ekonomi yang stabil, menjadikan emas kurang diperlukan sebagai aset safe-haven buat sementara waktu.
Faktor-faktor di atas cenderung untuk mengukuhkan nilai dolar dan menurunkan harga emas global. Namun, ia hanyalah bersifat sementara waktu.
Dalam kata lain, dolar hanya kukuh buat sementara waktu saja. Ia bukan kekal selamanya. Berbeza dengan nilai emas yang kekal.
Penurunan harga emas hanya bersifat sementara waktu saja. Dalam tempoh jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat dalam sejarah. Rujuk harga emas semasa di goldprice.org.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE>Klik Official Web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
9 July 2025

