Tun Mahathir, Nasihat Kewangan 100 Tahun

Tun Mahathir telah selamat mencecah umur 100 tahun pada tahun ini. Sungguhpun usia bekas Perdana Menteri Malaysia telah genap satu abad, beliau masih aktif menulis blog thechedet.com.

Dr Mahathir mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Mula menerajui negara selama 22 tahun bermula Julai 1981 hingga Oktober 2003.

Beliau kembali ke jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 2018 ketika berusia 93 tahun, menjadikannya pemimpin tertua mentadbir negara.

Banyak artikel menceritakan tentang rahsia beliau kekal sihat dan panjang umur sehingga usia 100 tahun. Terdapat juga artikel berkait legasi malah kontroversi ketika beliau memerintah.

Jarang sekali artikel menceritakan tentang nasihat kewangan Tun Mahathir yang menjadikan ekonomi Malaysia dan ringgit kekal kukuh berbanding matawang negara lain di Asia Tenggara.

Tun Mahathir Tolak IMF

Kegawatan ekonomi telah meruntuhkan ekonomi negara-negara Asia pada tahun 1997 yang lalu. Berpunca daripada manipulasi matawang oleh Forex trader ketika itu termasuk George Soros.

IMF (International Monetary Fund) mengambil kesempatan untuk campur tangan kononnya menghulurkan bantuan kewangan bagi negara-negara Asia yang terkesan akibat kegawatan ekonomi.

Banyak negara-negara Asia ketika itu terpedaya dan mengambil bantuan pinjaman IMF. Kesannya, nilai matawang negara-negara tersebut telah runtuh dan terpaksa menanggung beban hutang yang banyak.

Buktinya boleh diketahui melihat kepada matawang denominasi besar. Contohnya, Thai Baht, Korean Won, Indonesia Rupiah, dan lain-lain. Masing-masing menggunakan matawang nombor ribu-ribu di atas wang kertas mereka.

Tun Mahathir

Berkat kebijakan Dr. Mahathir, beliau menolak bantuan kewangan IMF. Seperti beliau sudah membaca niat sebenar IMF hanya untuk meraih keuntungan dengan meruntuhkan ekonomi sesebuah negara.

Hasil kebijakan beliau, hari ini kita menikmati kekuatan matawang ringgit denominasi rendah. Jika RM100 ditukar kepada rupiah, kita dapat 380,000 IDR. Ringgit 3 angka ditukar dapat 6 angka rupiah.

Jika RM100 ditukar kepada Korean Won, kita dapat 32,000 KRW. Dengan 3 angka ringgit, dapat 5 angka Korean Won. Begitu juga dengan Thai Baht, Vietnam Dong, Cambodia Riel, Filipina Peso dan lain-lain.

Nombor besar beribu-ribu di atas sekeping matawang menunjukkan kelemahan nilai matawang sesebuah negara tersebut.

Berbeza dengan Ringgit bernombor kecil, seperti RM1, RM5, RM10, RM20, dan RM100. Nombor kecil pada duit kertas menunjukkan kekuatan nilai dan kebijakan pemimpin tentang sistem wang fiat.

Tambat Ringgit Dengan Emas

Pengalaman 100 tahun mengajar Dr. Mahathir tentang matawang. Dalam bukunya bertajuk Doctor In The House, dalam Chapter Currency Crumble, menerangkan bagaimana matawang berfungsi.

“That’s thing about paper currency – it’s not worth anything in itself. It has value because, and only for as long as, people believe it does. That’s how money works” – Dr. Mahathir

Beliau menegaskan bahawa matawang hanyalah kertas yang tidak bernilai. Nilai matawang wujud hanya apabila kita meletakkan kepercayaan ke atasnya. Jika hilang kepercayaan, maka hilanglah nilainya!

Maka, Dr. Mahathir pernah saran rakyat Malaysia supaya melaburkan matawang kepada emas. Supaya kekayaan rakyat Malaysia terjamin daripada susut nilai inflasi.

Pengalaman Kegawatan Ekonomi 1997 telah mengajar Dr. Mahathir bahawa nilai matawang sangat berisiko tinggi untuk dimanipulasikan oleh pelbagai pihak.

Berbanding dengan emas yang nilainya kekal. Emas tidak boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak sekalipun. Agar kekayaan rakyat Malaysia kekal terjamin dengan menyimpan emas.

Perlu Bantuan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE!>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
16 July 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments