SST Kesan Harga Emas Malaysia?

SST atau Sales and Service Tax tidak dikenakan ke atas emas pelaburan. Menurut Ketua Setiausaha Perbendeharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengenakan cukai ke atas pembelian emas. Kerana emas merupakan pelaburan, budaya, dan ekonomi. Juga, untuk mengelakkan peningkatan beban bagi orang ramai dan perniagaan.

Bar emas dan barang kemas sering di anggap sebagai alat pelaburan atau simpanan.

Selain itu, emas juga memainkan peranan yang penting dalam komuniti seperti hadiah bagi menyambut kelahiran anak atau hadiah perkahwinan.

Beberapa perniagaan juga menggunakan emas sebagai cagaran untuk mendapatkan dana operasi seperti untuk aliran tunai dan operasi.

Pengecualian SST terhadap emas bukan saja mengukuhkan keyakinan pengguna tempatan, malah membuka laluan luas kepada Malaysia untuk muncul sebagai hab emas yang kompetitif di rantau Asia Tenggara.

Perunding kewangan, Shamsuddin Kadir berkata, langkah itu memberi kelebihan strategik kepada Malaysia berbanding negara jiran seperti Singapura dan Indonesia yang masih mengenakan cukai terhadap emas.

Di Singapura, emas perhiasan dikenakan cukai yang dikenali GST sebanyak 8%. Manakala di Indonesia pula, emas dikenakan cukai nilai tambahan (VAT) sebanyak 1.1%.

Sebaliknya di Malaysia, emas dikecualikan SST. Menjadikan harga emas di Malaysia lebih menarik dan kompetitif.

Kelebihan ini bakal menarik pembeli dan pelabur luar melihat Malaysia sebagai destinasi utama untuk membeli emas.

Secara tidak langsung, Malaysia berpotensi menjana ekonomi menerusi pembelian emas oleh pelancong asing.

Sungguhpun begitu, harga emas masih bergantung pada faktor luaran. Seperti permintaan terhadap emas dan kadar pertukaran matawang.

Menurut perunding kewangan, Shamsuddin Kadir, beliau menyifatkan emas sebagai instrumen kewangan yang sesuai untuk simpanan jangka panjang.

Emas ibarat ubat alternatif kepada mereka yang mahu merawat kewangan.

Orang ramai kini beralih kepada emas pelaburan kerana ia terbukti stabil dan mampu menjadi benteng ketika inflasi dan ketidak-stabilkan geopolitik dunia.

Kesimpulannya, pengecualian SST bukan sekadar satu dasar fiskal, tetapi langkah strategik yang mampu melonjakkan kedudukan Malaysia dalam peta pasaran emas serantau.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
23 July 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments