Syarikat Malaysia melakar pencapai terbaru dalam sejarah apabila Public Gold telah berjaya mendapatkan bekalan emas dari Kyrgyztan.
Public Gold Marketing Sdn Bhd merupakan syarikat pertama di Malaysia yang telah berjaya menandatangi perjanjian penting dengan negara perusahaan emas terbesar di Asia Tengah.

Perjanjian itu ditandatangani oleh pengasas dan pengerusi eksekutif Public Gold, Datuk Wira Louis Ng dan pengerusi lembaga Kyrgyzaltyn, Kubat Abdraimov pada majlis yang diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Menurut sumber The Malaysian Reserve, perkongsian tersebut menandakan kejayaan penting dalam sektor emas Kyrgyz yang sangat di kawal ketat.
Kyrgyzaltyn yang dimiliki sepenuhnya oleh Agensi Pengurusan Harta Negeri dan Kementerian Kewangan Republik Kyrgyzstan, bertanggung jawab mengurus dan menapis sebanyak 80% pengeluaran emas negara.
BACA LAGI: Public Gold Malaysia Pengedar Utama Emirates Gold
Datuk Wira Louis Ng berkata, “pencapaian ini adalah bukti kepimpinan kami dalam industri emas dan keyakinan yang diberikan oleh institusi utama Kyrgyzstan kepada kami.”
“Kami komited sepenuhnya untuk mengekalkan piawaian integriti dan kecemerlangan tertinggi yang menjadikan perkongsian bermakna ini menjadi kenyataan.” Sambung Ng, pengasas dan pengerusi Public Gold.
Perjanjian tersebut bernilai AS$36 juta dolar melibatkan sebanyak 300 kilogram emas Kyrgyzs dalam bentuk jongkong emas 1 kilogram bagi tahun 2025.
Setakat ini, Public Gold telah membeli sebanyak 50 kilogram jongkong emas Au 999.9 daripada 300 kilogram yang bernilai AS$5.6 juta dolar menjelang 31 Disember 2025.
Sejarah Syarikat Public Gold
Syarikat Public Gold Marketing Sdn Bhd merupakan syarikat Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2008. Perniagaan utama ialah jual beli emas fizikal berketulenan gred 999.9 (24K).
Produk emasnya yang terlaris ialah dinar emas gred 999.9, goldbar Bungamas, dan Tai Fook. Kini, dinar emas Public Gold merupakan dinar yang paling banyak dalam peredaran dan pegangan dalam Malaysia.
BACA LAGI: Goldbar VS Dinar, Yang Mana Paling Berbaloi
Selain emas, Public Gold juga menjual dan membeli semula jongkong perak (silver). Berketulenan Ag 999.9 (24K). Terdapat pelbagai variasi jongkong silver, termasuk 250gm, 500gm, 1 Kg, dan 5 Kg.
Public Gold menjual barang kemas atau perhiasan yang dikenali sebagai PGJewel dan Aurora Italia. Juga menubuhkan online shopping platform dikenali sebagai PGMall.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Public Gold Bajet RM100?
FREE! Klik Official Web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
2 July 2025