Public Gold Malaysia iaitu Public Gold Marketing Sdn. Bhd telah dilantik sebagai pengedar utama jongkong dan produk emas jenama Emirates Gold di Asia Tenggara dan Asia Barat.
Menurut sumber dagangnews.com, bertarikh 6 mei, termeterainya dua perjanjian strategik dengan syarikat penapis dan pengeluar jongkong emas terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates Gold DMCC.
Antara yang menjadi tumpuan utama kerjasama tersebut ialah pameran sulung produk Emirates Gold di Malaysia menerusi “Malaysia Gold Jewellery Exhibition (MGJE) 2025” yang bakal berlangsung di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.
Public Gold bakal menjual jongkong dan produk emas jenama Emirates Gold di seluruh Asia Tenggara dan Asia Barat.
Dengan sokongan bekalan emas fizikal secara berterusan daripada Emirates Gold, yang turut menjamin kualiti, keselamatan, keupayaan pengeluaraan yang konsisten.
Kerjasama tersebut melihat Emirates Gold membekalkan emas fizikal berterusan kepada Public Gold untuk diedarkan kepada seluruh Asia Tenggara. Seterusnya, mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan emas global.
Sejarah Public Gold Malaysia
Public Gold Marketing Sdn Bhd merupakan syarikat terbesar yang menjalankan aktiviti jual beli emas fizikal gred 999.9 (24K) di Malaysia.
Public Gold telah lama bertapak di Malaysia sejak penubuhannya secara rasmi pada 23 Mei 2008. Iaitu, selama 17 tahun telah berada dalam industri emas Malaysia.
Segelintir berpendapat bahawa Public Gold merupakan anak syarikat Public Bank. Ternyata pendapat tersebut salah sama sekali. Public Gold tidak ada kaitan dengan mana-mana bank di Malaysia.

Terkini, Public Gold telah mempunyai 19 cawangan di seluruh Malaysia. Dan, terdapat 5 cawangan di Indonesia, termasuk Jakarta, Bandung, Banjarbaru, Yogyakarta, dan Surabaya.
Produk emas yang terlaris dan paling banyak dalam kitaran iaitu syiling dinar emas. Selain itu, prosuk goldbar juga turut mendapat sambutan seperti goldbar BungaMas dan Tai Fook.

Tidak ketingalan, Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program), iaitu kaedah menyimpan emas berketulenan 999.9 (24K) secara sedikit demi sedikit serendah RM100 secara online.
Akaun Emas GAP kini mudah diakses hanya melalui Public Gold apps yang mesra Android dan IOS. Bagi memudahkan lagi pelanggan menguruskan simpanan emas masing-masing dengan lebih transparen.
BACA LAGI: Kaedah Beli Emas Public Gold, Patuh Syariah
Setakat ini, seramai 1.8 juta pelanggan telah berdaftar dengan Public Gold. Termasuk pelanggan di Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei.
Menjadikan Public Gold pengeluar emas fizikal terbesar nombor satu di Malaysia yang mematuhi standar syariah yang paling dipercayai.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Serendah RM100?
FREE Daftar>Klik Official Web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
7 Mei 2025

