Ringgit Kukuh, Harga Emas Turun?

Ringgit kukuh menghampiri RM4.20 berbanding dengan dolar AS (Amerika Syarikat). Sebagaimana yang dikhabarkan oleh akhbar-akhbar tempatan.

Adakah ringgit kukuh bermaksud nilainya sedang meningkat? Atau sekadar berita untuk melegakan hati rakyat jelata.

Jika kita mengkaji sejarah nilai ringgit berbanding dolar AS, prestasi terbaik ringgit adalah pada Mac 1997, iaitu sekitar RM2.48 berbanding dolar AS.

Berbanding dengan nilai ringgit sekarang, iaitu pada tahun 2025, nilainya sekitar RM4.20 bagi sedolar. Kejatuhan nilai ringgit menghampiri 50% dalam tempoh 28 tahun.

ringgit kukuh

Sememangnya nilai ringgit mengalami turun naik dalam tempoh 28 tahun. Namun, dalam jangka masa panjang, nilainya tetap menurun.

Ia adalah situasi normal bagi setiap wang kertas yang ada di dunia ini. Sebabnya, wang kertas hanyalah sekeping kertas yang boleh dicetak.

Sesetengah golongan akan mengatakan bahawa nilai ringgit akan lebih meningkat di masa depan. Sebab banyak pelabur luar seperti China berminat untuk melabur di Malaysia.

Nilai pelaburan berbillion-billion ringgit masuk ke dalam negara. Ia adalah berita baik bagi pembangunan dalam negara.

Namun, semakin maju ekonomi sesebuah negara, maka semakin mahal kos sara hidupnya. Contohnya seperti New York, Hongkong, Tokyo, Seoul dan lain-lain.

Tidak ramai yang tahu bahawa kos sara hidup semakin mahal adalah berpunca daripada kuasa beli matawang yang semakin lemah. Nilainya dihakis inflasi!

Semakin banyak duit dicetak, maka semakin tinggi inflasi yang akan menghakis nilai matawang tersebut. Ini adalah lumrah atau asas bagi setiap wang fiat di seluruh dunia.

Ringgit Kukuh Emas Turun?

Ada ketika harga emas di Malaysia menjadi murah dengan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS. Namun, harga emas bukanlah bergantung pada ringgit.

Harga emas dunia adalah berkadar songsang dengan nilai dolar AS. Bermaksud, jika dolar naik, harga emas akan turun. Sebaliknya, jika dolar jatuh, harga emas akan naik.

Nilai ringgit tidak ada hubungan secara langsung dengan harga emas. Begitu juga dalam keadaan sebaliknya.

Berbanding dengan ringgit, harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang. Sungguhpun, harga emas mengalami turun naik. Dalam jangka masa panjang, ia tetap direkodkan meningkat.

Merujuk pada goldprice.org, harga emas meningkat sebanyak 791.27% dalam masa 20 tahun. Sedangkan, nilai ringgit jatuh hampir 50% dalam tempoh masa 28 tahun.

Data tersebut memberi petunjuk bahawa menyimpan duit (ringgit) di bank bakal menurunkan nilai kekayaan anda dalam jangka masa panjang.

Manakala, menyimpan emas pula bakal meningkatkan nilai kekayaan kita dalam tempoh jangka masa panjang.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
28 Mei 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments