Jual Emas Sekarang? Bila Waktu Terbaik

Jual emas mestilah ketika harga emas naik lebih tinggi berbanding harga emas ketika kita membelinya. Barulah kita beroleh keuntungan.

Sejak kebelakangan ini, harga emas dunia telah naik secara mendadak sehingga memecah rekod baru terbaik sekitar RM534 segram. Bagi emas berketulenan 999.9 (24K).

Persoalannya, seberapa tinggi harga emas perlu naik supaya kita boleh mengaut keuntungan?

jual emas

Pertama, kita perlu tahu kadar spread emas tersebut. Setiap syarikat atau kedai menjual emas mengenakan kadar spread yang berbeza.

Contohnya, kadar spread emas bagi gold bar 10 gram ialah 9%. Katakan, dulu ketika kita beli goldbar 10 gram tersebut dengan harga RM3,000.

Dengan kenaikan harga emas dunia, harga goldbar 10 gram tersebut telah meningkat kepada RM5,000 sekeping. Iaitu sekitar 66%. Kemudian ditolak dengan kadar spread 9%.

Kadar spread 66% tolak 9%, hasilnya 57% kadar keuntungan bersih yang kita dapat. Jika kadar spread emas tersebut tinggi melebihi 66%, maka kita tidak akan mengaut keuntungan.

Menurut pakar wang, Azizi Ali, pastikan memilih untuk membeli emas yang mempunyai kadar spread di bawah 10%. Barulah kita boleh mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Kedua, jual emas apabila telah berjaya mencapai matlamat kewangan kita. Buat apa kita menjual semula emas dalam simpanan, jika tidak ada tujuan.

Lebih baik emas kekal dalam simpanan daripada boros dibelanjakan tanpa tujuan berfaedah. Ia tidak akan menambah kekayaan, malah merugikan setelah penat lelah berusaha menyimpan emas selama ini.

Contoh matlamat kewangan seperti menabung emas untuk dana haji/umrah. Maka, kita menabung emas setiap bulan secara konsisten selama 2 tahun.

Selang 2 tahun, apabila telah cukup 32 gram emas, dengan mengambil kira kenaikan harga emas, bolehlah jual emas tersebut untuk dana haji/umrah.

Apa lagi matlamat kewangan anda? Termasuklah kumpul dana kahwin, kumpul deposit beli rumah, modal bisnes, bayar hutang kad kredit, dana pendidikan universiti anak-anak dan sebagainya.

Apabila telah mencapai matlamat dengan kenaikan harga emas, tidak perlu ragu-ragu atau rasa sayang untuk menjualnya. Emas hanya sekadar ‘alat’ untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Kesimpulannya, dua perkara yang kita perlu ambil kira. Pertama, pastikan pilih jenama emas yang rendah kadar spreadnya seperti emas Public Gold. Dan jual semula emas tersebut kepada Public Gold juga.

Kedua, jual semula simpanan emas hanya apabila telah betul-betul mencapai matlamat kewangan. Agar usaha kita selama ini menyimpan emas tidak berakhir sia-sia.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
21 Mei 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments