Iran-Israel Perang. Bank Berlumba Beli Emas Safe-Haven

Iran-Israel berbalas serangan. Iran dilaporkan telah melepaskan ratusan peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap serangan zionis terhadap sekutunya Hizbullah di Lubnan.

Iran buat pertama kalinya menggunakan peluru berpandu buatan dalam negara sendiri. Peluru berpandu yang dikenali sebagai Hipersonik Fattah 1. Ia bergerak sehingga 15 kali ganda kelajuan bunyi.

Serangan balas Iran-Israel telah meningkatkan ketegangan geopolitik dunia. Sekaligus, meningkatkan permintaan aset safe-haven iaitu emas, di kalangan bank pusat dan para pelabur.

Emas merupakan aset yang sangat terkenal sebagai safe-haven atau pelindung nilai daripada segala bentuk krisis termasuk ketegangan geopolitik dan perang ekonomi.

iran-israel

Berdasarkan hasil tinjauan yang diterbitkan oleh Official Monetary and Financial Institutions Forum (OMFIF), sebanyak 32% bank pusat merancang untuk meningkatkan pemilikan emas dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang.

Laporan itu menunjukkan, rancangan 40% tepat untuk membeli emas dalam tempoh 10 tahun akan datang. Di mana, pembelian aset lebih tinggi berbanding aset-aset lain.

Motivasi utama pembelian emas adalah sebagai kepelbagaian (diversification) dan perlindungan daripada risiko ketegangan geopolitik global sekarang.

Permintaan terhadap emas meningkat apabila bank pusat memilih untuk beralih daripada dolar Amerika Syarikat (AS) kepada emas.

Berdasarkan tinjauan, menunjukkan sebanyak 16% peserta bank pusat mengurangkan pendedahan terhadap dolar AS. Daripada 11% sebelumnya sejak tahun 2024.

Dalam kata lain, bank pusat telah mengurangkan pegangan dolar AS dalam rizab mereka. Dan menambah rizab emas sebagai pelindung nilai dan diversifikasi.

Menurut tinjauan, diversifikasi merupakan alasan pertama bank-bank pusat membeli emas. Alasan kedua ialah sebagai pelindung daripada risiko geopolitik. Ketiga, sebagai pelindung inflasi.

World Gold Council telah menerbitkan tinjauan terbaru mengenai Annual Central Bank Survey, menunjukkan bank pusat ingin meningkatkan pegangan emas dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Penganalisa menjangkakan bank pusat bakal meningkatkan rizab emas mereka sekitar 1,000 tan lagi dalam tahun ini. Menjadikan peningkatan rizab emas tahun ke-4 berturut-turut.

Jika melihat kembali dalam sejarah, peperangan telah meruntuhkan ekonomi dan kewangan dunia. Dalam masa yang sama, nilai aset emas semakin meningkat memecahkan rekod terbaru.

Kefahaman bank terhadap sejarah emas tersebut, membuatkan bank pusat berlumba-lumba untuk menambah rizab emas dalam pegangan. Emas yang bertindak sebagai perlindungan.

Tidak ada aset yang selamat ketika peperangan kecuali emas dan perak. Ia telah terbukti berkali-kali berlaku dalam sejarah ekonomi dunia.

Jika bank pusat bertindak menyelamatkan nilai kekayaan mereka kepada emas, bagaimana pula dengan nilai kekayaan kita? Bagaimana pula simpanan wang kita di bank, adakah ia selamat?

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
25 Jun 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments