Emas Cecah 31% Setahun, Bank Beli 1,000 Tan Emas.

Emas cecah 31.17% dalam tempoh setahun berbanding aset-aset lain seperti Bon Perbendaharaan AS, Yen Jepun, Franc Swiss, dan Dolar AS.

Menurut pakar emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim, harga aset emas meningkat lebih tinggi berbanding aset-aset lain bagi tahun ini. Dunia telah beralih kepada aset emas.

3 sebab dunia beralih kepada aset emas. Pertama, emas tidak di ikat dengan hutang dan tidak dikawal kerajaan. Sedangkan aset-aset lain dikawal kerajaan.

Kedua, bank pusat dunia dilaporkan telah membeli lebih 1,000 tan emas tahun lepas. Bank pusat juga bertindak menyimpan emas sebagai wealth-protection.

Ketiga, berlaku ketidakpastian ekonomi, tarif, dan ketegangan geopolitik. Faktor-faktor ini menyebabkan pelabur-pelabur lari dari dolar dan bon!

Memetik daripada CNBC, pakar menjelaskan bahawa emas aset selamat, apolitikal dan ada nilai sebenar. Tidak perlu percaya mana-mana kerajaan untuk melindungi nilai kekayaan.

Kebanyakan aset-aset lain dicipta oleh kerajaan. Maka, nilainya bergantung sepenuhnya pada kerajaan. Berbeza dengan emas yang bukannya dicipta oleh kerajaan. Emas ciptaan tuhan.

emas cecah

Dengan merujuk kepada data yang paling dipercayai, Goldprice.org, harga emas telah meningkat kepada 31.17% setahun. Dan meningkat sebanyak 93.71% dalam masa 5 tahun.

Menunjukkan harga emas setiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Sungguhpun, berlaku turun naik harga emas setiap hari dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan kajian pakar pelaburan, Michael Maloney, Gold Rush bakal berlaku lagi sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah.

Gold Rush 1979-1980, ketika itu harga emas pecah rekod kepada $426 se-ounce. Dalam masa 29 hari saja, harga emas meningkat ke paras $873 se-ounce. Lebih 2 kali ganda hanya dalam masa sebulan.

Berbanding dari tahun 1980, hari ini kita berada dalam situasi di mana terdapat 55 kali ganda matawang dalam kitaran, 56 kali ganda lebih ramai jutawan, 200 kali ganda lebih ramai bilionaire, dan 31.5 kali ganda lebih aset di bawah pengurusan.

Bermaksud, lebih banyak matawang yang perlu diselamatkan kepada emas. Lebih ramai pihak-pihak yang perlu melindungi aset mereka termasuk billionaire, jutawan, bank-bank pelaburan.

Hal tersebut akan mencetuskan permintaan emas yang sangat tinggi di masa depan. Tidak mustahil harga emas bakal cecah $10,000 se-ounce! Pendapat konservatif Michael Maloney.

Situasi tersebut bukanlah perkara baru. Ia telah berulang kali berlaku dalam sejarah. Apa yang kita perlu buat ialah “beli emas sekarang, dan tunggu harga emas naik di masa depan”.

Perlu Bantuan Menabung Emas Bajet RM100?

PERCUMA>Klik official web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
18 Jun 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments